3 AKTIVITI MENARIK UNTUK ANAK SEMASA BERCUTI

0
119

Musim cuti sekolah semakin hampir ke penghujungnya. Pasti ada ibu bapa yang mengambil peluang ini untuk membawa anak bercuti. Jom lihat 3 aktiviti menarik yang boleh anda buat bersama-sama anak semasa percutian!

 

  • Permainan Teka Nama Tempat

Jika anak anda suka untuk mengingat dan membaca, permainan  meneka nama tempat adalah cara yang terbaik untuk mereka menambah pengetahuan. Anda boleh berkongsi pelbagai fakta atau informasi yang menarik tentang destinasi yang dituju serta tempat-tempat menarik yang ada di situ. Berikan klu kepada anak dan minta dia meneka nama tempat atau jenis tempat yang akan dilawati.

 

  • Mari Berbelanja

Langkah terbaik untuk menjadikan percutian anda sebagai satu bentuk pembelajaran untuk anak-anak ialah memperuntukkan mereka sejumlah wang semasa perjalanan. Ia akan membantu anak-anak untuk belajar nilai, bentuk wang dan secara langsung mengetahui cara mengira duit. Anak boleh digalakkan dan dibantu untuk mengurus wang.

 

  • Permainan “I Spy

Pasti ada yang biasa bermain permainan “I Spy” jadi apa kata anda bermain permainan ini bersama anak semasa di dalam kereta/kereta api  dalam perjalanan ke destinasi percutian. Arahan mudah seperti “I spy something that is big and it’s green in colour” boleh diberikan dan anak perlu mencari objek yang berada di persekitaran yang memenuhi ciri-ciri yang disebut. Pasti anak-anak terhibur dan tercari-cari objek di sekeliling mereka.

Selamat mencuba 3 aktiviti ini semasa percutian anda nanti!