CEPAT MATEMATIK

Anak Anda Akan Menguasai Matematik dengan Aktiviti Parktis, Mudah dan Berkesan

PRAKTIS

Pendekatan “belajar sambil bermain” membolehkan anak-anak meneroka konsep matematik secara praktis dan ceria. Pelbagai aktiviti disusun dengan memanfaatkan bahan-bahan yang mudah diperoleh. Anak meneroka kemahiran dan ilmu matematik melalui pengalaman sendiri bukannya secara abstrak.

MUDAH

Kaedah ini disusun mengikut tahap perkembangan anak. Aktiviti disusun daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. Minat anak dipupuk apabila matematik dikaitkan dengan kehidupan harian. Panduan pengajaran yang lengkap juga disediakan untuk ibu bapadan guru.

BERKESAN

Kaedah ini berkesan kerana membentuk keupayaan anak untuk menghargai matematik, yakin dengan kebolehan matematiknya, menggunakan matematik untuk berkomunikasi melalui penggunaan nombor, simbol dan perkataan serta membuat penjelasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara matematik.

Apakah Kesannya Jika Anak Anda Tidak Mahir Matematik?

  • Anak anda tidak dapat berkomunikasi secara kuantitatif. Kelemahan matematik membantutkan pemikiran anak kerana mereka tidak ada istilah atau tidak dapat menggunakan istilah matematik dengan baik dalam komunikasi harian mereka.
     
  • Banyak aktviti pembelajaran di sekolah dan juga harian memerlukan anak anda membuat perkaitan dengan kemahiran dan istilah matematik.
     
  • Keupayaan menaakul merupakan kemahiran asas matematik. Anak-anak akan sentiasa berdepan dengan pelbagai fakta, penyataan serta kejadian untuk dia membuat kesimpulan atau keputusan. Tanpa kemahiran matematik, anak-anak tidak berupaya untuk berfikir secara teratur seperti “kalau saya ingin mengetahui apa yang terjadi, saya perlu melakukan ini,” dan “saya boleh menggambarkan maklumat ini kerana saya yakin ini adalah cara yang terbaik untuk maklumat ini sampai kepada kalian.”

Cepat Matematik Membimbing Anak Untuk Menguasai 10 Kemahiran Asas Matematik Seperti Berikut:

  • Pengalaman Pranombor. Pengalaman pranombor membina asas konsep nombor dan kepentingannya dalam kehidupan seharian anak. Kemahiran pranombor merangkumi keupayaan memadan, mengasing, mengelaskan serta membuat seriasi dan mengecam corak berulang dan membina pola.
     
  • Konsep Nombor. Nombor atau angka adalah simbol untuk melambangkan kuantiti sesuatu. Empat buah buku dilambangkan dengan angka “4”. Keupayaan mengaitkan bilangan objek dengan angka dankemahiran membilang merupakan kemahiran asas matematik.
     
  • Operasi Nombor. Anak perlu memahami apabila penambahan berlaku, jumlah keseluruhan objek menjadi lebih banyak daripada sebelumnya. Manakala operasi tolak, jumlah keseluruhan objek akan berkurangan daripada sebelumnya. Bahasa matematik iaitu simbol angka 1,2,3…, simbol +, simbol – dan juga simbol persamaan = diperkenalkan.
     
  • Nilai Wang. Anak akan bermula dengan membezakan nilai wang sehingga akhirnya boleh melakukan simulasi jual beli.
     
  • Bentuk dan Ruang. Anak akan bermula dengan mengecam bentuk-bentuk asas serta ciri-cirinya sepertisegi tiga, segi empat sama dan segi empat tepat dan bulat yang ada di persekitaran.
     
  • Pembinaan. Konsep objek tiga dimensi (3D) diperkenalkan untuk anak memahami asas-asas ruang. Memanipulasi objek 3D mengajar anak berkenaan penggunaan ruang.
     
  • Ukuran. Pengukuran dibuat untuk memahami konsep panjang, berat, kuantiti, masa dan duit. Anak diajarmengukur dengan ukuran bukan piawai dan akhirnya ukuran berdasarkan unit piawai.
     
  • Konsep Waktu. Anak dibiasakan untuk mengukur waktu menggunakan pengalaman seharian. Aktiviti anak disusun dalam sehari untuk membezakan waktu pagi, tengah hari dan petang.
     
  • Ramalan. Ramalan ialah melakukan anggaran berdasarkan maklumat yang terhad. Ramalan adalah berdasarkan pengalaman atau ukuran yang dibuat sebelumnya.
     
  • Menyelesaikan Masalah. Anak didedahkan dengan sesuatu keadaan atau masalah yang memerlukan kemahiran dan kefahaman matematik untuk menyelesaikannya.

BELI SEKARANG & DAPATKAN DISKAUN 10%

Masukkan kod MATH10 semasa membuat pembayaran. (Kod hanya layak untuk sekali pembelian sahaja).

Pakej CEPAT MATEMATIK PRASEKOLAH Tahap 1

1 Buku Teks
1 Buku Latihan
1 Buku Latih Tubi
Kad Imbasan

RM24.90

Pakej CEPAT MATEMATIK PRASEKOLAH Tahap 1

1 Buku Teks
1 Buku Latihan
1 Buku Latih Tubi
Kad Imbasan

RM24.90