4 Manfaat “Field Trip” untuk Anak Tadika

9563

Field trip ataupun lawatan sambil belajar merupakan aktiviti luar kelas yang dapat memberi pengalaman pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna untuk kanak-kanak di tadika di mana mereka diberi peluang untuk meneroka dunia luar bersama guru dan rakan-rakan sebaya. Ini akan memberi pengalaman manis dan bermakna untuk mereka selain meningkatkan daya pembelajaran sambil bermain dalam meneroka dunia persekitaran luar.

Lawatan sambil belajar bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menambah pengetahuan sedia ada mereka tentang dunia luar. Pembelajaran di dalam kelas dibawa ke konteks luar kelas untuk mengayakan pembelajaran selain meningkatkan perasaan ingin tahu kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada kanak-kanak akan diintegrasikan dengan pengetahuan baru yang akan dipelajari di luar konteks kelas. Tempat-tempat yang dilawati oleh mereka juga merangkumi pembelajaran bertema yang dipelajari dalam kelas seperti haiwan, keselamatan, pekerjaan, pakaian uniform dan lain-lain lagi. Pembelajaran bertema dapat memberi pengalaman yang bermakna dan menyeronokkan untuk kanak-kanak ini.

Selain itu, pembelajaran luar kelas ini dapat menarik minta kanak-kanak untuk belajar dan meneroka selain merangsang perkembangan mereka dari semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Selain itu, lawatan luar ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka selain dapat mendidik mereka untuk berdikari dan berdisipilin sepanjang berada di luar tadika. Kanak-kanak ini juga didedahkan tentang peraturan dan keselamatan diri sepanjang mengikuti lawatan ini. Lawatan ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama guru dan kanak-kanak di tadika.

Kesimpulannya, lawatan sambil belajar adalah penting bagi meningkatkan perasaan ingin tahu dan merangsang perkembangan kanak-kanak seiring dengan pertambahan usia mereka. Pemantauan guru sepanjang lawatan adalah penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin sepanjang berada di luar tadika selain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dunia luar dalam persekitaran yang selamat dan meyakinkan.