AWAL JAWI DALIL (AWJAD)

PELOPOR INOVASI TULISAN JAWI

KAEDAH BELAJAR MENULIS JAWI DENGAN CEPAT, TEPAT DAN CERIA

CEPAT

Kaedah AWJAD memudahkan anak-anak dan orang dewasa untuk lancar menulis Jawi. Dalam masa 5 minit sahaja sudah cukup untuk seseorang yang tidak tahu jawi untuk mula menulis Jawi.

TEPAT

Tulisan Jawi ada sistem ejaannya yang tersendiri. Kaedah AWJAD memberi ketepatan dalam ejaan menurut piawai Dewan Bahasa dan Pustaka.

CERIA

Kaedah AWJAD berpusatkan kepada murid. Pelbagai aktiviti disusun agar murid aktif dalam memahami sesuatu pelajaran yang baharu.

APAKAH KESANNYA JIKA ANAK ANDA TIDAK BOLEH MEMBACA JAWI?

ANAK HILANG FOKUS


Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah diajar dalam tulisan jawi. Anak-anak yang merangkak-rangkak membaca dan menulis jawi akan hilang minat dan tidak fokus kepada isi kandungan pelajaran pendidikan Islam. 


TIDAK LANCAR MEMBACA

AL-QURAN


Kelemahan dalam jawi menjadikan anak tidak lancar membaca al-Quran. Mungkin ini antara sebab anak-anak dan orang dewasa hari ini tidak lancar atau tidak dapat langsung membaca al-Quran.

MURID SUSAH MENULIS JAWI


Tulisan rumi merupakan tulisan pengantar dalam pendidikan di sekolah. Murid-murid lebih selesa dengan tulisan Rumi. Ini antara sebab murid semakin susah membaca serta menulis jawi.

MENCARI JALAN PENYELESAIAN


Kesukaran membaca dan menulis jawi berpunca daripada kaedah mengajar Jawi yang tidak berkesan. Bahkan penggunaan jawi terbatas pada subjek Pendidikan Islam. Maka, motivasi menguasai Jawi perlu dipertingkatkan dengan kaedah berkesan.

KAMI TAHU APA YANG ANDA PERLUKAN

Kaedah Awjad menjadi pilihan para guru, ibu bapa dan individu yang ingin menulis jawi dengan cepat dan tepat:

  • check
    Pelajar disediakan buku-buku latihan dan guru pula   disediakan alat bantu mengajar yang lengkap agar murid mudah menguasai pelajaran.
  • check
    Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada anak.    Ini memudahkan anak untuk cepat menulis Jawi.
  • check
    Ibu bapa dan guru lebih mudah mengajar kerana  maklumat dan panduan mengajar disediakan bagi  setiap pelajaran. 

KAEDAH DALIL (AWJAD) Mengajar Anak-Anak


Menguasai 6 Kemahiran Asas Jawi Serentak:

MENULIS JAWI DENGAN ARAH YANG TEPAT

Tulisan jawi ditulis bermula dari arah kanan. Menggunakan kaedah AWJAD, khususnya pada Papan Operasi Dalil (POD), anak-anak secara langsung akan terus belajar menulis dari arah kanan.

MEMADANKAN HURUF RUMI KEPADA JAWI DENGAN BETUL

Dengan menggunakan Kaedah AWJAD anak-anak akan diajar bagaimana memadankan huruf-huruf rumi dengan huruf jawi dengan betul. Ini membantu anak-anak yang telah mengenal huruf rumi untuk menulis jawi dengan lebih cepat.

MELETAKKAN HURUF PADA GARIS HURUF YANG BETUL

Kaedah AWJAD sangat mementingkan kedudukan tulisan huruf-huruf jawi pada garisan yang betul. Hal ini akan menjadikan tulisan jawi anak-anak tepat seperti dalam rasm Uthmani.

MEMBEZAKAN HURUF YANG BOLEH SAMBUNG DAN TIDAK BOLEH SAMBUNG

Kaedah AWJAD menyelesaikan masalah utama anak-anak dalam membezakan antara huruf yang boleh sambung dan huruf yang tidak boleh sambung. Dengan pendekatan AVU ZAR ZAD, anak-anak dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat dan mudah.

MENGUBAH WAJAH HURUF DENGAN CEPAT DAN TEPAT

Tulisan jawi berubah ketika berada di kedudukan awal, tengah dan akhir perkataan. Melalui pendekatan WajHu, kaedah AWJAD menyediakan formula mudah bagi anak-anak menentukan perubahan wajah huruf ketika berada di kedudukan berbeza.

MENYAMBUNG HURUF DENGAN KEDUDUKAN YANG TEPAT

Titik-titik pada huruf-huruf jawi juga berubah kedudukan ketika bersambung. Melalui kaedah AWJAD, anak-anak diajar menulis kedudukan titik yang tepat berdasarkan piawai Dewan Bahasa dan Pustaka.

KLIK IKON UNTUK PRATONTON

USTAZAH DALILAH DESA
PENGARANG AWJAD

Tentang Pengarang

  • Munsyi Dewan (Jawi) Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Penerima anugerah guru ikon peringkat WP Labuan dua tahun berturut-turut, iaitu 2014 dan 2015.
  • Penerima anugerah kakitangan paling aktif dalam inovasi dan pembentangan antarabangsa oleh Jabatan Pelajaran WP Labuan, 2011-2015.
  • Naib Johan pertandingan inovasi sempena Hari Guru KPM, 2013
  • Guru Cermerlang Pendidikan Islam.

e-BO​​​​​OKLET 

PERCUMA!

Kami hantarnya terus ke e-mel anda.


Memudahkan Pembelajaran Dan Pengajaran

Arahan yang lengkap disusun dalam setiap halaman buku-buku aktiviti.  Kursus kaedah mengajar “AWJAD” juga disusun untuk ibu bapa dan guru.

“Melalui pengalaman saya di sekolah, AWJAD membolehkan murid-murid menulis dengan betul di atas garisan. AWJAD juga menitikberatkan cara penulisan murid-murid mengikut kaedah penulisan rasm  al-quran. Apabila murid boleh menulis dengan kemas, cantik, dan bersih, murid lebih berminat menulis jawi.”

Zarinah

Jurulatih Utama Jawi

“Modul AWJAD ini memang dapat membantu murid-murid untuk mempelajaran jawi dengan lebih berkesan”

Tuan Haji Azman

Jurulatih Utama Dakwah

5 Minit Sahaja Sudah Mula Menulis Jawi!

               PAKEJ LENGKAP AWJAD

  • check

    Modul Awal Jawi Dalil (AWJAD):   Kaedah pelajaran ejaan perkataan secara bertahap.

  • check
    Avu Zar Zad: Latihan menyambung huruf melalui pelajaran huruf pemutus, huruf perangkai, huruf perumah dan huruf penghujung.
  • check
    Kad Pedoman POD: Kaedah mudah memadan huruf, mengenali    huruf yang tidak bersambung dan wajah huruf.
  • check
    Latihan Menulis Jawi POD: Latihan pengukuhan untuk      memantapkan penulisan jawi anak-anak.
  • check
    Straw Ajaib: Inovasi baharu dalam mengajar anak-anak kemahiran mengenal bentuk sesuatu huruf melalui pendekatan bermain       sambil belajar.

Anda seorang guru tadika dan ingin menguasai teknik pengajaran berkesan di dalam kelas?