BACALAH JAWI

INOVASI PENDIDIKAN JAWI:

TIDAK PERNAH SEMUDAH INI!

FOKUS PEMBELAJARAN YANG MUDAH, CEPAT DAN CERIA!

Memenuhi Keperluan Pembacaan Dan Penulisan Jawi Anak Anda!

MUDAH

Kaedah ini mudah kerana ia mengikut tahap perkembangan psikologi anak-anak. Pembelajaran bertahap meyakinkan anak untuk belajar perkara yang baharu. Ibu bapa dan guru pula diberi panduan lengkap agar mudah membimbing anak.

CEPAT

Kaedah ini menepati prinsip-prinsip asas membaca yang terkini. Bunyi-bunyi asas Bahasa Melayu diperkenalkan melalui kata-kata kunci yang mudah diingat. Kemahiran memadu dan memisah suku-suku kata dipupuk agar anak cepat membaca.

CERIA

Anak akan ceria belajar dengan rangsangan video animasi dan lagu yang menghiburkan. Bahan bercetak pula disulami dengan ilustrasi, pantun, dan cerita yang menarik. Anak anda tidak akan bosan sewaktu belajar membaca jawi.

APAKAH KESANNYA JIKA ANAK ANDA TIDAK BOLEH MEMBACA JAWI?

ANAK HILANG FOKUS


Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah diajar dalam tulisan jawi. Anak-anak yang merangkak-rangkak membaca dan menulis jawi akan hilang minat dan tidak fokus kepada isi kandungan pelajaran pendidikan Islam. 


TIDAK LANCAR MEMBACA

AL-QURAN


Kelemahan dalam jawi menjadikan anak tidak lancar membaca al-Quran. Mungkin ini antara sebab anak-anak dan orang dewasa hari ini tidak lancar atau tidak dapat langsung membaca al-Quran.

MURID SUSAH MENULIS JAWI


Tulisan rumi merupakan tulisan pengantar dalam pendidikan di sekolah. Murid-murid lebih selesa dengan tulisan Rumi. Mungkin inilah sebab murid semakin susah membaca serta menulis jawi.

MENCARI JALAN PENYELESAIAN


Kesukaran membaca dan menulis jawi juga berpunca daripada kaedah mengajar jawi yang tidak berkesan. Juga penggunaan jawi terbatas pada subjek Pendidikan Islam sahaja. Maka, motivasi menguasai Jawi perlu dipertingkatkan disamping kaedah berkesan pengajaran dan pembelajaran.

KAMI TAHU APA YANG ANDA PERLUKAN

BACALAH JAWI merupakan inovasi pendidikan awal kanak-kanak yang terbukti berkesan bukan sahaja di Malaysia bahkan di Selatan Thailand. Di akhir pelaksanaan kaedah ini, anda akan temui perbezaannya:

  • check
     Anak anda boleh membaca dengan lancar.
  • check
    Anak anda boleh menulis jawi dengan tepat. 
  • check
    Anak anda bermotivasi untuk membaca buku-buku dalam tulisan Jawi.
  • check
    Anak anda lebih berminat dalam subjek Pendidikan Islam dan membaca Al-Quran.

BACALAH JAWI MEMBIMBING ANAK UNTUK MENGUASAI 7 KEMAHIRAN ASAS MEMBACA 

KESEDARAN FONEM

Kemahiran mendengar dan menyebut bunyi-bunyi asas yang ada dalam sesuatu bahasa merupakan tunjang untuk cepat membaca. Bunyi-bunyi asas ini dikenali sebagai fonem. Dalam bahasa Melayu terdapat 34 fonem seperti bunyi-bunyi vokal dan konsonan. Bacalah Jawi memperkenalkan kesemua fonem dan juga diftong dalam bahasa Melayu.  Sila klik video

KEMAHIRAN FONIKS: KAITAN ANTARA BUNYI DAN HURUF

Kemahiran mengecam bunyi dan bentuk huruf yang melambangkan bunyi tersebut. Setiap fonem, iaitu bunyi asas dilambangkan dengan satu atau dua gabungan huruf. Bacalah jawi mengajar setiap bentuk huruf yang melambangkan sesuatu fonem. 

KEMAHIRAN FONIKS: PEMADUAN BUNYI

Kemahiran memadukan bunyi ini ialah keupayaan anak untuk memadukan bunyi-bunyi asas dalam sesuatu bahasa itu untuk membentuk perkataan.

KEMAHIRAN FONIKS: PEMISAHAN BUNYI

Kemahiran memilih dan memisahkan bunyi. Membaca itu sebenarnya ialah keupayaan anak untuk memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang ada dalam sesuatu perkataan.

KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran motor halus untuk menulis dibentuk melalui peningkatan keupayaan koordinasi mata-tangan yang lebih tinggi. Ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti pensel seperti menconteng, mewarna, menyalur, menyambung dan menyalin.

SISTEM EJAAN JAWI TERKINI

Anak-anak didedahkan dengan sistem ejaan jawi terkini. Petua-petua asas diperkenalkan seperti hukum derlung, hukum kaf-ga, dan hukum vokal berganding.



KLIK IKON UNTUK PRATONTON

ZAIRANI A. HAMID
Pengarang Bacalah Jawi

Tentang Pengarang

Pegawai penyelidik sepenuh masa Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd ini memiliki ilitizam yang tinggi dalam menghasilkan pakej-pakej pendidikan berkualiti. Selain menjadi penulis dan perunding di Al-Ameen Serve bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’, Zairani Hamid pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.

e-BOOKLET 

PERCUMA!

Kami hantarnya terus ke e-mel anda.


Memudahkan Pembelajaran & Pengajaran

Pakej Bacalah Jawi dilengkapi panduan mengajar yang lengkap di setiap halaman buku teks dan buku tulis. Kursus kaedah mengajar “Bacalah Jawi” juga disusun untuk ibu bapa dan guru meningkatkan kefahamanan dalam kaedah mengajar Bacalah Jawi.

play

“Bacalah Jawi sememangnya membantu anak saya agar mudah membaca tulisan jawi. Bahkan, saya juga selesa untuk mengajar anak-anak. Kaedahnya cukup sistematik!”

Nur Akmal HIsham

Bapa Prihatin

“Produk ini perlu dipasarkan dengan meluas! Saya rasa ibu bapa di luar sana akan suka produk ini (Bacalah Jawi), kerana tak disangka-sangka ada penerbit yang menggunakan pendekatan fonemik untuk mengajar membaca Jawi!”

Nurul Halimatun Farhah

Guru Tadika

 

17
tahun di pasaran Malaysia dan Thailand
2,000
peserta kursus. Anggaran sejak  2000
200k
Naskhah terjual sejak 2000

Ingin lihat Pakej Lengkap Bacalah Jawi? Tengok video ini…


PAKEJ BACALAH JAWI: TAHAP 1

  • check
    BUKU TEKS BACALAH JAWI 1: Memperkenalkan 12  bunyi-bunyi asas Bahasa Melayu iaitu 3 bunyi vokal dan 9 bunyi konsonan. 
  • check
    Lancar Jawi 1A & 1 B: Latihan pengukuhan untuk memantapkan penulisan jawi anak-anak.
  • check
    VCD NYANYIKAN BUNYINYA 1: Lagu dan animasi untuk   aktivti pengisian bunyi.

       PAKEJ BACALAH JAWI: TAHAP 2

  • check
    BUKU TEKS BACALAH JAWI 2: Memperkenalkan 10 Bunyi     asas bahasa Melayu, memperkenalkan bunyi vokal                   e pepet dan beberapa panduan.  
  • check
    Lancar Jawi 2A & 2B: Latihan pengukuhan untuk memantapkan penulisan jawi anak-anak.
  • check
    VCD NYANYIKAN BUNYINYA 2: Lagu dan animasi untuk   aktivti pengisian bunyi.

      PAKEJ BACALAH JAWI: TAHAP 3

  • check
    BUKU TEKS BACALAH JAWI 3: Memperkenalkan 2 bunyi     vokal, 3 bunyi diftong, 6 bunyi vokal berganding dan 14   bunyi huruf-huruf al-Quran.
  • check
    Lancar Jawi 3A & 3B: Latihan pengukuhan untuk memantapkan penulisan jawi anak-anak.
  • check
    VCD NYANYIKAN BUNYINYA 3: Lagu dan animasi untuk   aktivti pengisian bunyi.

Anda suka Pakej Bacalah Jawi? Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pakej lengkap Bacalah Jawi!

Anda seorang guru tadika dan ingin menguasai teknik pengajaran berkesan di dalam kelas?