Fokus Pembelajaran Memberi Kefahaman Asas Tentang Akidah, Fikah, Akhlak & Sirah Kepada Anak-Anak
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Satu proses pendidikan berteraskan Tauhid yang bertujuan membina dan melahirkan insan Rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri sendiri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan as-Sunnah melalui satu sistem yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
MISI
Memperkasa sistem pendidikan Islam di peringkat rendah dan menengah untuk menjana generasi Rabbani melalui pendidikan holistik dan pengurusan profesional
PERISIAN ILMU
Bekalan ilmu telah disusun atur di dalam buku diniah ini, ia amat sesuai untuk anak-anak.
AMAL & PENGHAYATAN
Ilmu dan iman tanpa amalan dan penghayatan adalah sia-sia, setiap amalan yang dilakukan pula mestilah disertakan dengan keikhlasan.
PEMBENTUKAN DIRI
Pencapaian yang tertinggi ialah membentuk keperibadian yang tinggi serta berkemampuan membentuk dan memperbaiki orang lain.
Bagaimana Anak Anda Boleh Belajar Diniah dengan Mudah?
1. AKTIVITI PERBINCANGAN
Aktiviti ini dilakukan antara murid dengan murid secara berdua, bertiga atau berkumpulan untuk beberapa tajuk pilihan.
2. AKTIVITI CERIA
Aktiviti ini dilakukan oleh guru dengan cara pengecaman kata kunci tertentu, mencari jalan yang betul, mengenal pasti perkataan tertentu dengan betul.
3. AKTIVITI KBAT
Aktiviti ini dibuat dengan cara guru memberi beberapa persoalanan untuk difikirkan oleh murid atau murid juga boleh membuat persoalan dan dijawab oleh murid lain, boleh dibuat secara perseorangan atau berkumpulan.
4. AKTIVITI BIJAK TAHU
Aktiviti ini dibuat oleh guru dengan cara sepintas lalu sahaja iaitu sekadar TAHU. Contoh aktiviti: menyanyi, mewarna.
5. AKTIVITI FAHAM
Aktiviti ini dibuat secara lebih mendalam. Ia tidak memadai sekadar tahu sahaja tetapi perlulah faham. Contoh aktiviti: mengisi tempat kosong, menanam sifat-sifat positif ke dalam diri murid.
6. AKTIVITI FIKIR KRITIS
Aktiviti ini dibuat secara lebih mendalam, guru menerangkan kepentingan sesuatu. Contoh: Qadar…diterangkan apa akibatnya jika beriman dengannya.
7. AKTIVITI BACALAH JAWI
Aktiviti ini dibuat dengan cara lebih santai, antara aktivitinya: menyalin, mewarna, melakar, menyambung titik, memadankan huruf, menceraikan perkataan dan sebagainya.
BELI SEKARANG & DAPATKAN DISKAUN 10%
Masukkan kod DINIAH10 semasa membuat pembayaran. (Diskaun hanya layak untuk sekali pembelian sahaja).
BUKU PENDIDIKAN ISLAM
Buku Teks & Aktiviti Sekolah Rendah Islam