CEPAT BACA!

Anak anda boleh MEMBACA SEBELUM BERSEKOLAH lagi!

KAEDAH TERKINI YANG MUDAH, LENGKAP DAN MENGHIBURKAN!


Kaedah Fonemik Cepat Membaca

MUDAH

Mengajar membaca kini lebih mudah melalui kaedah Cepat Baca kerana menekankan aspek kesedaran fonem.  Pengajaran difokuskan kepada kemahiran asas membaca yang terkini. Pembelajaran disusun sesuai dengan perkembangan usia anak.

LENGKAP

Padat dengan aktiviti pelajaran, pengukuhan dan pengayaan yang menepati garis panduan kurikulum prasekolah. Cepat Baca lengkap dengan maklumat dan panduan pengajaran untuk ibu bapa dan guru pada setiap muka surat.

MENGHIBURKAN

Anak akan ceria belajar melalui rangsangan video animasi dan lagu yang menghiburkan. Bahan bercetak pula disulami dengan ilustrasi, pantun, dan cerita yang menarik. Belajar membaca kini menjadi lebih menarik dan anak pasti tidak akan bosan.

APAKAH KESANNYA JIKA ANAK ANDA TIDAK BOLEH MEMBACA?

KETINGGALAN DALAM PELAJARAN


Risiko bagi anak yang tidak boleh membaca adalah apabila dia menginjak ke tahun satu, anak yang tidak boleh membaca pasti ketinggalan apatah lagi dengan pembelajaran di sekolah yang semakin mencabar.


MENGGANGGU SUBJEK-SUBJEK YANG LAIN


 Anak yang mempunyai masalah membaca bukan hanya tertumpu kepada subjek Bahasa Malaysia, ia pasti  menjejaskan pembelajaran bagi subjek-subjek lain yang memerlukan asas pembacaaan.

ANAK MENJADI RENDAH DIRI


Aspek psikologi anak juga pasti terganggu apabila dia berada di sekolah rendah. Masalah membaca akan menimbulkan rasa rendah diri lantas anak tidak bermotivasi untuk belajar. 

MENCARI JALAN PENYELESAIAN


Kesukaran membaca dan menulis berpunca daripada kaedah pembelajaran yang tidak berkesan. Maka, motivasi menguasai pembacaan perlu dipertingkatkan dengan kaedah berkesan.

KAMI TAHU APA YANG ANDA PERLUKAN

CEPAT BACA merupakan inovasi pendidikan awal kanak-kanak yang terbukti berkesan dan mendapat sambutan di Malaysia. Di akhir pelaksanaan kaedah ini, anda akan temui perbezaannya. 

  • check
     Anak anda boleh membaca dengan lancar
  • check
    Anak anda boleh menulis dengan tepat
  • check
    Anak anda bermotivasi untuk membaca

CEPAT BACA MEMBIMBING ANAK UNTUK


Mencapai 6 Matlamat berikut:

MATLAMAT 1

Kemahiran mendengar dengan keupayaan membeza dan mengenal pasti bunyi-bunyi asas dalam ungkapan-ungkapan ringkas merupakan keupayaan awal untuk membaca.  Pengecaman bunyi-bunyi asas iaitu fonem-fonem Bahasa Melayu diperkenalkan melalui perkataan yang biasa didengar oleh anak. Dengan ini, anak boleh men​​​​gecam bunyi-bunyi asas ini serta menyebutnya dengan baik.

MATLAMAT 2

Anak memahami bahawa sesuatu perkataan yang bertulis merupakan gabungan lambang-lambang bunyi. Huruf yang merupakan lambang bunyi boleh digabungkan untuk membentuk gabungan bunyi.  Anak dididik agar dapat menghubungkan setiap bunyi dengan lambang bunyi atau huruf yang berkaitan.

MATLAMAT 3

Kemahiran memadukan bunyi ini ialah keupayaan anak untuk memadukan bunyi-bunyi asas dalam sesuatu bahasa itu untuk membentuk perkataan.

MATLAMAT 4

Anak memahami bahawa dalam Bahasa Melayu tulisan rumi, lambang-lambang bunyi iaitu huruf-huruf ditulis dengan urutan kiri ke kanan. Keupayaan ini hanya terbentuk dengan mantap bagi anak-anak yang berumur 5 – 8 tahun.

MATLAMAT 5

Anak mampu untuk memilih dan memisah bunyi dalam sesuatu ungkapan atau perkataan. Kemahiran memilih dan memisahkan bunyi ini merupakan keupayaan penting untuk anak membaca. Kaedah Cepat Baca memulakan setiap pelajaran dengan perkataan atau ungkapan yang akan dipisah-pisahkan bunyinya.

MATLAMAT 6

Anak mampu untuk melaksanakan proses gabungan bunyi untuk membentuk perkataan. Gabungan bunyi atau memadukan bunyi ialah keupayaan memadukan dua atau lebih fonem untuk membentuk satu gabungan bunyi yang khusus.


Klik Untuk Lihat Sampel Halaman

ZAIRANI A. HAMID
PENGARANG CEPAT BACA

Tentang Pengarang

Pegawai Penyelidik sepenuh masa Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. ini telah menghasilkan beberapa pakej pendidikan berkualiti. Selain menjadi penulis dan perunding  bagi kaedah Cepat Membaca 'Cepat Baca', 'I can Read' dan Bacalah Jawi', Zairani Hamid pernah muncul dalam rancangan 'Wanita Hari Ini' di TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.

e-BO​​​​​OKLET 

PERCUMA!

Kami hantarnya terus ke e-mel anda.


Memudahkan Pembelajaran Dan Pengajaran

Pakej "Cepat Baca" dilengkapi panduan mengajar yang lengkap dalam setiap halaman buku teks dan buku tulis. Video animasi dan lagu juga memaparkan kaedah pengajaran yang perlu dilalui oleh anak.  Kursus kaedah mengajar “Cepat Bacai” juga disusun untuk ibu bapa dan guru meningkatkan kefahamanan dalam kaedah mengajar membaca.

Pakej lengkap, berkesan dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.” 

Puan Rosnyda Binti Mohd Lazim

Pengetua Tadika Cerdas Iman

Satu kaedah yang berkesan untuk pelbagai keupayaan pembelajaran.”

Dr. Nor Hamidah Mohamad Salleh

Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak Dan Remaja

This books provide basic skills for reading success.”

Dr. Shukri Abdullah

Pakar Bijak Belajar

Ingin ketahui Pakej Lengkap Cepat Baca? Lihat video ini...


               PAKEJ CEPAT BACA 1

  • check

    BUKU TEKS CEPAT BACA 1: memperkenalkan 14  bunyi-bunyi asas bahasa Melayu iaitu 3 bunyi vokal dan 11 bunyi konsonan. 

  • check
    Cepat Tulis 1A & 1B membentuk kemahiran motorik halus untuk menulis.
  • check
    VCD Nyanyikan Bunyinya: Lagu-lagu menarik untuk aktiviti pengisian bunyi dan membantu pengajaran agar menyeronokkan.

               PAKEJ CEPAT BACA 2

  • check

    BUKU TEKS CEPAT BACA 2: memperkenalkan 11 bunyi-bunyi asas bahasa Melayu, iaitu 3 bunyi vokal dan 8 bunyi konsonan melalui 11 kata kunci yang mudah dihafal.

  • check
    Cepat Tulis 2A & 2B membentuk kemahiran motorik halus untuk menulis.
  • check
    VCD Nyanyikan Bunyinya 2: Lagu-lagu menarik untuk aktiviti pengisian bunyi dan membantu pengajaran agar menyeronokkan.

               PAKEJ CEPAT BACA 3

  • check

    BUKU TEKS CEPAT BACA 3: Memperkenalkan 6 bunyi asas bahasa Melayu, 3 bunyi diftong serta 7 bunyi vokal gandingan.

  • check
    Cepat Tulis 3A & 3B: membentuk kemahiran motorik halus untuk menulis.
  • check
    VCD Nyanyikan Bunyinya 3: Lagu-lagu menarik untuk aktiviti pengisian bunyi dan membantu pengajaran agar menyeronokkan.

Anda seorang guru tadika dan ingin menguasai teknik pengajaran berkesan di dalam kelas?