CEPAT MATEMATIK

ANAK ANDA AKAN KUASAI MATEMATIK DENGAN AKTIVITI PRAKTIS, MUDAH DAN BERKESAN!

FOKUS PENGALAMAN SAINTIFIK YANG SISTEMATIK, KRITIS DAN KREATIF

PRAKTIS

Pendekatan “belajar sambil bermain” membolehkan anak-anak meneroka konsep matematik secara praktis dan ceria. Pelbagai aktiviti disusun dengan memanfaatkan bahan-bahan yang mudah diperolehi. Anak meneroka kemahiran dan ilmu Matematik melalui pengalaman sendiri bukannya secara abstrak.

MUDAH

Kaedah ini disusun mengikut tahap perkembangan anak. Aktiviti disusun daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.  Minat anak dipupuk apabila Matematik dikaitkan dengan kehidupan harian. Panduan pengajaran yang lengkap juga disediakan untuk ibu bapa dan guru.

BERKESAN

Kaedah ini berkesan kerana membentuk keupayaan anak untuk menghargai Matematik, yakin dengan kebolehan matematiknya, menggunakan Matematik untuk berkomunikasi melalui penggunaan nombor, simbol dan perkataan serta membuat penjelasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara Matematik.

APAKAH KESANNYA JIKA ANAK-ANAK TIDAK MAHIR MATEMATIK?

Anak tidak dapat berkomunikasi secara kuantitatif

Anak anda tidak dapat berkomunikasi secara kuantitatif. Kelemahan Matematik membantut pemikiran anak kerana mereka tidak memiliki kosa kata atau tidak dapat menggunakan istilah Matematik dengan baik dalam komunikasi harian mereka. 


Anak tidak dapat menggunakan nombor dengan berkesan

Anak yang tidak memiliki kecerdasan Matematik menghalang keupayaan mereka menggunakan nombor dengan berkesan. Ini disebabkan lemahnya penguasaan prinsip-prinsip asas Matematik, hukum sebab dan akibat bagi sesebuah perkiraan, juga kegagalan untuk menjangka. 

Tidak berupaya menaakul permasalahan

Keupayaan menaakul merupakan kemahiran asas Matematik. Anak-anak akan sentiasa berdepan dengan pelbagai fakta, penyataan serta kejadian untuk dia membuat kesimpulan atau keputusan. Tanpa kemahiran matematik, anak-anak tidak berupaya untuk berfikir secara sistematik.

KAMI TAHU APA YANG ANDA PERLUKAN

Cepat Matematik memenuhi kurikulum antarabangsa dan juga negara kerana ia membentuk keupayaan anak untuk:

  • check
     Berkomunikasi dengan berkesan menggunakan kefahaman dan istilah Matematik yang tepat.
  • check

    Menggunakan kemahiran dan istilah Matematik yang telah dipelajari dalam mata pelajaran lain di sekolah dan juga dalam kehidupan seharian.

  • check
    Pengalaman Saintifik: ialah uji kaji atau aktiviti praktis yang dibuat sendiri oleh anak untuk menguji ramalan atau kefahaman mereka tentang sesuatu hal. 

9 RAHSIA KAEDAH CEPAT MATEMATIK!

PENGALAMAN PRANOMBOR

Pengalaman pranombor membina asas konsep nombor dan kepentingannnya dalam kehidupan seharian anak. Kemahiran pranombor merangkumi keupayaan memadan, mengasing, mengelaskan serta membuat seriasi dan mengecam corak berulang dan membina pola.

KONSEP NOMBOR

Nombor atau angka adalah simbol untuk melambangkan kuantiti sesuatu. Empat buah buku dilambangkan dengan angka “4”. Keupayaan mengaitkan bilangan objek dengan angka dan kemahiran membilang merupakan kemahiran asas Matematik.

OPERASI NOMBOR

Anak perlu memahami apabila penambahan berlaku, jumlah keseluruhan objek menjadi lebih banyak daripada sebelumnya. Manakala operasi tolak, jumlah keseluruhan objek akan berkurangan daripada sebelumnya. Bahasa Matematik iaitu simbol angka 1,2,3…, simbol +, simbol -  dan juga simbol persamaan = diperkenalkan.

MEMBEZAKAN NILAI WANG

Anak akan bermula dengan membezakan nilai wang sehingga akhirnya boleh melakukan simulasi jual beli.

BENTUK DAN RUANG

Anak akan bermula dengan mengecam bentuk-bentuk asas serta ciri-cirinya seperti segi tiga, segi empat sama dan segi empat tepat dan bulat yang ada di persekitaran.

PEMBINAAN

Konsep objek tiga dimensi (3D) diperkenalkan untuk anak memahami asas-asas ruang. Memanipulasi objek 3D mengajar anak berkenaan penggunaan ruang.

UKURAN

Pengukuran dibuat untuk memahami konsep panjang, berat, kuantiti, masa dan duit. Anak diajar mengukur dengan ukuran bukan piawai dan akhirnya ukuran berdasarkan unit piawai.

KONSEP WAKTU

Anak dibiasakan untuk mengukur waktu menggunakan pengalaman seharian. Aktiviti anak disusun dalam sehari untuk membezakan waktu pagi, tengah hari dan petang.

MEMBUAT RAMALAN

Ramalan ialah melakukan anggaran berdasarkan maklumat yang terhad. Ramalan adalah berdasarkan pengalaman atau ukuran yang dibuat sebelumnya.

MENYELESAIKAN MASALAH

Anak didedahkan dengan sesuatu keadaan atau masalah yang memerlukan kemahiran dan kefahaman Matematik untuk menyelesaikannya.

KLIK IKON UNTUK PRATONTON

FADHATULLAH ZAKARYA ADAM

PENGARANG AWAL SAINS

Tentang Pengarang

Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan pengurusan perniagaan dan diploma dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak di Universiti Malaya (UMCCed). Kini, berkhidmat sepenuh masa di Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. sebagai Research Editor dan menghasilkan bahan-bahan pendidikan awal kanak-kanak. Pengendali utama Kursus Kaedah Mengajar Cepat Matematik Prasekolah dan Awal Sains.

e-BO​​​​​OKLET 

PERCUMA!

Kami hantarnya terus ke e-mel anda.


Memudahkan Pembelajaran Dan Pengajaran

Pakej Cepat Matematik dilengkapi dengan panduan untuk guru dan ibu bapa bagi setiap aktiviti.  Setiap tahap disediakan buku teks iaitu panduan aktiviti untuk guru, buku latihan dan buku latih tubi untuk murid.

“Aktiviti dalam Cepat Matematik ini amat menarik minat kanak-kanak. Apabila kita ajar melalui kaedah bermain sambil belajar, kanak-kanak akan lebih ingat dan faham ”

Teacher Ain

Guru Tadika Cerdas Minda

Ingin ketahui apa yang ada dalam Pakej Cepat Matematik? Tonton video ini.


              PAKEJ CEPAT MATEMATIK

(TAHAP 1)

  • check

    Buku Teks Cepat Matematik 1 - Mengandungi 2 kelompok pelajaran asas dan penting iaitu pengalaman pranombor dan konsep nombor.

  • check
    Buku Latihan Cepat Matematik 1 - Mengandungi 40 muka surat latihan pengukuhan.
  • check
    Buku Latih Tubi Cepat Matematik 1 - Mengandungi 40 mukasurat latihan pengayaan.
  • check
    16 Keping kad boleh padam - Membantu anak-anak menulis nombor dengan baik.

              PAKEJ CEPAT MATEMATIK

 (TAHAP 2)

  • check

    Buku Teks Cepat Matematik 2 - Mengandungi 8 kelompok pelajaran asas dan penting iaitu pengalaman pranombor dan konsep nombor.

  • check
    Buku Latihan Cepat Matematik 2 - Mengandungi 40 muka surat latihan pengukuhan.
  • check
    Buku Latih Tubi Cepat Matematik 2 - Mengandungi 40 mukasurat latihan pengayaan.
  • check
    16 Keping kad boleh padam - Membantu anak-anak menulis nombor dengan baik.

PA​KEJ RUJUKAN TAMBAHAN A

    MATEMATIK PRASEKOLAH

(PERMAINAN DAN AKTIVITI)

Setiap aktiviti yang telah disusun bersesuaian dengan minat, kebolehan dan daya imaginasi kanak-kanak.
  • check

    Matematik Prasekolah Permainan Dan Aktiviti Memperkenalkan konsep-konsep Matematik melalui aktiviti-aktiviti seni, memasak, bermain dan bernyanyi.

  • check

    Setiap aktiviti yang telah disusun bersesuaian dengan minat, kebolehan dan daya imaginasi kanak-kanak

PAKEJ RUJUKAN TAMBAHAN B

 CEPAT MATEMATIK

(PERMAINAN DAN AKTIVITI)

  • check

    Aktiviti bertahap yang akan memberi keyakinan kepada anak untuk menyelesaikan permasalahan Matematik. 

  • check
    Mengandungi petua-petua berguna daripada guru yang berpengalaman.

Suka Pakej Cepat Matematik? Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pakej lengkap!

Anda seorang guru tadika dan ingin menguasai teknik pengajaran berkesan di dalam kelas?