GURU TADIKA SAMA PENTINGNYA!

0
251

Seorang guru yang luar biasa tidak perlu bertanya bagaimana dia menjadi hebat! Dia sudah memiliki roh dan jiwa seorang guru. Dua perkara ini sudah cukup melengkapkan tubuh seseorang yang berperanan sebagai pendidik.

Peranan mereka tidak hanya bersangkut paut mengenai kebolehan membuatkan murid-murid membaca atau menulis semata-mata. Sebaliknya dilihat terhadap impak yang berjaya dihasilkan dalam diri anak murid mereka.

Roh ini akan dibawa ke mana-mana. Menjadi senjata yang menawan orang yang ingin belajar. Tidak kira di sekolah, rumah atau ketika berhubung dalam anggota masyarakat, seorang guru akan memastikan diri tampil dengan roh yang saya sebutkan ini.

Dalam artikel yang sedang anda baca, saya ingin membawa alur penceritaan yang sedikit berbeza. Selalu kita menyebut mengenai guru-guru yang diingati itu biasanya insan yang mengajar ketika seseorang murid sudah di bangku menengah tetapi kita terlupa tentang peranan guru-guru yang memberikan kita asas pendidikan.

Hal ini saya sebutkan kerana menjadi kelaziman sikap sebahagian murid yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti akan menemui guru-guru mereka sewaktu mereka tingkatan lima dan mengucapkan terima kasih berulang kali, minta dihalalkan ilmu dan sebagainya.

Persoalan saya di sini, siapa yang mengingati pengorbanan guru sebelum-sebelumnya? Mereka juga wajar dihargai dan diletakkan di tempat yang sama tinggi dengan guru-guru di peringkat sekolah menengah. Suka saya mengajak pembaca artikel menyedari bahawa ‘guru tadika sama pentingnya!’

MEMBAWA MASYARAKAT KE SEKOLAH

Seorang guru yang baik akan memperhalusi sikap anak-anak. Menyedarkan kepentingan hidup bermasyarakat. Terutama sekali di negara kita yang berlatarkan kepelbagaian kaum. Saya melihat peranan guru tadika di sini cukup penting iaitu memupuk kesederhanaan sikap dan menanam rasa hormat tanpa mengira bangsa mahu pun agama. Bagai pepatah Melayu, “Meluntur buluh biarlah dari rebungnya”!

 DARIPADA ZERO KE HERO

Membaca serta menulis tidak kiralah dengan apa jenis teknik sama ada kaedah ‘Cepat Baca’ atau ‘I Can Read’, semuanya bermula daripada seorang pendidik yang bertungkus-lumus berusaha melengkapi kehendak murid dan memberikan seratus peratus kefahaman mereka untuk mendidik. Jadi, seorang guru tadika memang hebat. Mereka mendidik seseorang yang tidak tahu menjadi tahu!

MENIUPKAN BUDAYA ILMU

Saya selalu beranggapan bahawa guru tadika sangat kreatif dalam menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan. Kepercayaan ini diteguhkan melalui refleksi tumpuan kanak-kanak yang boleh bertahan dalam tempoh 15 minit (paling lama). Jadi, guru tadika akan berusaha mewujudkan aktiviti bermain, menari, menyanyi dan berdrama tetapi masih lagi menerapkan nilai-nilai ilmu yang sejajar dengan perkembangan anak-anak.

MEMPERKENALKAN BUKU

Guru yang baik akan berusaha mengadakan perpustakaan mini yang kaya dengan buku-buku berbentuk agama, cerita-cerita berteraskan moral dan buku-buku pengetahuan am seperti ensiklopedia dinosaur yang pastinya memberikan tarikan kepada anak-anak. Jadi, jangan tanya macam mana seorang anak atau anda sendiri boleh berminat membaca buku-buku. Semuanya dimulakan insan baik bernama guru.

MEMASTIKAN ANAK SELAMAT

Selamat atau aman adalah satu keperluan yang diinginkan ibu bapa. Tahu atau tidak bahawa menjadi guru tadika bererti dia perlu meneliti keselamatan anak-anak baik persekitaran tempat anak-anak belajar mahu pun psikologi anak-anak itu sendiri. Keselamatan anak-anak ini juga menjadi faktor perkembangan anak-anak.

Kesimpulannya. anak-anak biasanya tidak tahu mengapa mereka melakukan sesuatu perkara. Bahkan apabila dia sudah besar dan mendapat Sijil Peperiksaan Malaysia, dia masih belum benar-benar tahu rasional dan justifikasi perasaan terhutang ilmu kepada sesetengah guru. Tidak kiralah guru itu mendidik anda di tadika, sekolah rendah atau menengah, mereka telah menghasilkan sebahagian dari diri anda.

==========

Anda Mencari Tadika yang Selesa, Selamat dan Berkesan di Sekitar Bangsar, Bukit Damansara, Segambut, Mont Kiara & Sri Hartamas?

==========
.
“Ariq mula menunjukkan perkembangan yang sangat positif pada bulan ke-4 persekolahan. Surah dan Doa lazim juga berjaya dihafalnya selain pendekatan Kaedah ‘Cepat Baca’ banyak membantu Ariq.” – Pn. Marzia Jaludin
.
Jangan daftar kalau anda mahu hasilnya biasa -biasa..kerana di Tadika Cerdas Minda:
.
Kami mempunyai guru terlatih & berkelayakan yang bijak dan penyabar melayan kerenah anak-anak
.
.
Kaedah pembelajaran yang sesuai untuk diberikan mengikut kesesuaian umur anak anda yang telah memenangi ‘Anugerah Buku Negara’
.
.
Suasana di Tadika yang selamat, bersih dan lengkap dengan kepelbagaian pusat pembelajaran yang bebas untuk diterokai oleh anak anda.
.
.
Kami hanya guna guru yang terlatih dan berkemahiran untuk mendidik anak-anak yang berperwatakan berbeza
.
.
Kami mengamalkan konsep “Mendidik Minda, Membelai Jiwa”.
.
.
Penerapan Tauheed Ahlul Sunnah Wal Jamaah menjadi keutamaan kami dan bahasa inggeris dengan pendekatan “I Can Read” pasti seronok untuk anak anda mula mempelajarinya.
.
———-
Kami Pilih Siapa Pelajar Kami kerana Kami Mahu Mereka Berjaya
———-
.
.

SMS KOD “TCM2018” KE 017 292 2140 – (Teacher Chu) Untuk Kelas Percubaan, Lawatan dan Rundingan PERCUMA serta Tawaran hebat khas untuk 30 yang terawal!

SHARE
Previous article7 MANFAAT AKTIVITI MEMASAK BERSAMA ANAK
Next article4 CARA CETUS RASA INGIN TAHU SI KECIL
Muhammad Zahid Bin Mohamad Zaki merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif, Aswara. Beliau pernah menerima anugerah Graduan Bitara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pelajar Terbaik Diploma Penulisan Kreatif Aswara (2014).