KEPERLUAN MENINGKATKAN PENDIDIKAN DI KALANGAN GURU TASKA/TADIKA

0
116
Seiring dengan perkembangan zaman, keperluan untuk meningkatkan taraf pendidikan di kalangan guru taska/ tadika dilihat penting. Namun bagaimanakah mereka mahu meningkatkan taraf pendidikan mereka?

Menjawab persoalan ini  Ketua Pegawai Eksekutif UPSI Holdings SDN BHD Mohd Nazri Md Saad ketika ditemui Portal AWAL berkata pihaknya memberikan peluang kepada sesiapa yang berminat terutama mereka yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak untuk melanjutkan pengajian mereka.

Beliau berkata mereka yang berminat boleh belajar di cawangan mereka yang telah sedia ada yang dirasakan sesuai.

“Kita sudah beberapa cawangan selain di UPSI, dan bagi mereka yang berminat jangan risau diploma dan lain-lain kelayakan yang lebih tinggi yang diuruskan pihak kami adalah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Pihak kami juga akan membantu mereka yang ingin membuat pinjaman pendidikan untuk menyambung pelajaran,” katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah menghubungi 05-4582525 atau layari laman web http://upsiholdings.upsi.edu.my.