PANDUAN BERCERITA: MAMA CERITALAH

kini Semua Orang Boleh Bercerita

MEMUDAHKAN PENCERITAAN

Buku ini memberi panduan lengkap bercerita melalui pelbagai wadah penyampaian. Ibu bapa dan guru bukan sahaja didedahkan dengan teknik penceritaan tradisional bahkan menggunakan variasi teknik baharu bersama alat bantu mengajar yang mudah, murah dan berkesan.

BERSIFAT INTERAKTIF

Tanpa penggunaan props yang berlebihan, “Mama, Ceritalah…” menjanjikan persembahan bercerita anda lebih menghiburkan. Elemen-elemen kejutan dan interaktif akan mendasari setiap persembahan anda. Pastinya para penonton akan merasakan satu pengalaman cerita yang berbeza.

MENGASAH KREATIVITI

Guru serta ibu bapa yang mengaplikasikan teknik-teknik bercerita ini akan melatih gaya penceritaan yang tersendiri. Jika anda benar-benar ingin mengasah bakat serta kreativiti bercerita secara menyeluruh, “Mama, Ceritalah…” ini adalah rujukan terbaik untuk anda.

Membacakan Kisah daripada Buku Adalah Cara Paling Mudah Menjadikan Kanak-Kanak Gembira dan Lebih Produktif

  • Kanak-kanak hari ini lebih cenderung kepada unsur hiburan di alam maya dan televisyen. Medium hiburan baharu ini banyak unsur negatifnya. Keupayaan bercerita yang baik dapat menyelamatkan anak daripada kepompong hiburan maya yang mencengkam.
  • Kegagalan menghidupkan budaya bercerita bermakna anda mematikan budaya membaca. Amalan membaca yang baik perlu disemai ketika kanak-kanak masih kecil. Anak-anak perlu didedahkan dengan cerita-cerita lisan yang menghiburkan di samping menyampaikan teladan yang baik. Melalui pengalaman mendengar cerita, minat membaca anak-anak akan tumbuh secara semula jadi.
  • Anak-anak yang tidak didedahkan dengan pengalaman mendengar cerita cenderung mempunyai daya imaginasi yang lemah serta membantutkan perkembangan aspek kognitif dan psikomotor. Mereka akan menjadi lebih pasif dan lambat mentafsir sesuatu maklumat yang didengar.

Bagaimana Anda Boleh Bercerita dengan Berkesan?

  • BERCERITA TANPA ALAT: ANDA DAN CERITA

    Bercerita tanpa alat adalah cara asas yang perlu dikuasai oleh seseorang pencerita. “MAMA, CERITALAH…” menyediakan asas-asas kemahiran bercerita agar pencerita boleh menyampaikan cerita dengan tenang, teratur dan berkesan.

  • BERCERITA MENGGUNAKAN TEKNIK TAMPALAN

    “Mama, Ceritalah…” memberi gambaran secara visual mengenai penyediaan imej, papan cerita dan bagaimana menyampaikan cerita dengan betul menggunakan teknik tampalan.

  • BERCERITA MENGGUNAKAN BUAH-BUAHAN

    Tahukah anda bahawa teknik bercerita menggunakan buah-buahan atau sayur-sayuran amat diminati oleh kanak-kanak? “Mama, Ceritalah…” memberikan tip-tip asas dalam menentukan watak menggunakan buah-buahan tanpa mengelirukan anak-anak.

  • BERCERITA MENGGUNAKAN KERTAS DAN SURAT KHABAR

    Surat khabar dan pelbagai jenis kertas dilipat dan digunting untuk mereka bentuk bahan yang diperlukan dalam cerita. Menariknya, kertas-kertas yang siap dilipat boleh disesuaikan sebagai bahan yang membantu membina urutan perjalanan sesebuah penceritaan.

  • BERCERITA MENGGUNAKAN BUKU CERITA

    “Mama, Ceritalah…” memberikan tip memilih buku cerita yang tepat melalui pemilihan tema, mesej dan pengajaran serta jenis-jenis buku yang bersesuaian untuk setiap peringkat umur anak.

  • BERCERITA MENGGUNAKAN LIPATAN KERTAS & SAPU TANGAN

    Bercerita menggunakan lipatan kertas dan gubahan sapu tangan amat menarik kerana lipatan boleh diubah untuk menggambarkan sesuatu jalan cerita. Kanak-kanak pasti tertarik dengan teknik ini kerana adanya unsur kejutan.

  • TEATER BERCERITA

    “Mama, Ceritalah…” merupakan pakej lengkap untuk melatih kemahiran anak dalam seni persembahan teater melalui penghayatan, kemahiran mendengar, kemahiran lisan, dan pemahaman cerita oleh anak.

Matlamat Mama, Ceritalah

MAMA, CERITALAH… memenuhi keperluan guru, ibu bapa, pengasuh dan pustakawan yang memiliki minat, kesungguhan dan kecintaan terhadap amalan bercerita!

  • Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah dan di rumah akan menjadi lebih berkesan.
  • Anda berupaya untuk mempelbagaikan penyampaian cerita secara tradisional dan moden menggunakan pelbagai alat bantu dan gerak kreatif.
  • Anda akan dapat membina gaya penceritaan anda sendiri dengan lebih kreatif sehingga anak-anak akan meminta anda untuk bercerita lagi.