MENTAL KANAK-KANAK SIHAT PERLU UNTUK MEREKA HIDUP SEMPURNA

0
114

Menurut artikel dari laman web pusat kesihatan Universiti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, keperluan kesihatan mental kanak-kanak untuk membesar dengan sihat dan sempurna dan keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu untuk dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan.

Apakah keperluan kesihatan mental kanak-kanak?

Keperluan kesihatan mental kanak-kanak adalah seperti berikut:
• Memperoleh sokongan, bimbingan, disiplin dan galakan daripada ibu bapa, guru dan penjaga
• Persekitaran yang selamat, tenteram dan terjamin
• Berpeluang membina keyakinan diri dan harga diri
• Kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada ibu bapa
• Menyediakan peluang untuk mereka bermain dengan kanak-kanak lain dan rakan-rakan sebaya
Apakah kesan jika kesihatan mental kanak-kanak terganggu?
Menurut laman web rasmi tersebut juga sekiranya kesihatan mental kanak-kanak terganggu, kanak-kanak akan mengalami perkara berikut:

• Mengalami mempi ngeri dan menakutkan
• masalah kencing malam
• Menjadi agresif dan melawan orang tua
• pelajaran merosot
• bimbang, susah hati, kecewa dan sedih
• ponteng sekolah
• tidak mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah

Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.