Ramai ibu bapa sanggup berhabis untuk anak. Tak kisahlah… asalkan anak suka. Kebanyakan permainan yang dibeli mengikut pasaran. Kiranya up to datelah… ikut cartoon kesukaan anak. Sebabnya… anak yang nak… Tapi sedarkah kita, apakah manfaat permainan yang dibeli untuk anak? Manfaat dari sudut minda dan fizikalnya.
Bermain adalah pekerjaan serius bagi anak-anak. Mereka bermain dan belajar bersungguh-sungguh secara tidak langsung. Semasa itulah banyak kemahiran anak-anak terbentuk. Oleh itu, sebelum membeli… pastikan permainan yang dibeli:
√ Selamat
√ Mengikut tahap (peringkat umur yang sesuai)
√ Berkualiti
√ Banyak manfaat & kemahiran
√ Harga berpatutan
√ Tahan lama
Keterujaan dan keseronokkan membelek-belek permainan terbaik merangsang otak anak-anak sedari kecil. Tidak akan rugi bagi ibu bapa yang ‘melabur’ untuk permainan yang berkualiti. Ia membantu perkembangan otak genius dan dapat meningkatkan kemahiran motor halus secara optimum. Ikutilah tip pembelian permainan buat anak di atas. Semoga pelaburan anda berbaloi-baloi.