FOKUS PENGALAMAN SAINTIFIK YANG SISTEMATIK, KRITIS DAN KREATIF!

STEM adalah akronim untuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering), dan Matematik. STEM merupakan integrasi ilmu kuantitatif untuk menjadi satu bidang pendidikan yang lebih bermakna dan praktikal untuk pendidikan abad yang ke-21. PIL CERDAS STEM merupakan pakej pendidikan berdasarkan projek-projek yang menarik dan mudah dilaksanakan dengan fokus-fokus berikut:

SAINS

Fokus kepada memahami dan menerokai alam semula jadi dan alam buatan. Menyiasat menggunakan kemahiran dan fikiran saintifik untuk menghayati  proses yang berlaku.

TEKNOLOGI

Fokus kepada menyiasat dan menggunakan pelbagai peralatan teknologi untuk mengembangkan kemahiran manipulatif bagi menyelesaikan sesuatu projek.

KEJURUTERAAN

Fokus kepada cara menyelesaikan masalah, mereka bentuk dan mereka cipta menggunakan bahan atau objek untuk mengukur, mengira dan membina sesuatu projek.

MATEMATIK

Fokus kepada memahami kuantiti, ukuran, nombor, bentuk, geometri, kemahiran spatial (ruang), masa dan dinamik gerakan.

TERTANYA-TANYA TENTANG KEBAIKAN STEM KEPADA ANAK ANDA?

Pendedahan STEM dalam pendidikan bertujuan untuk:

  • Membina asas pembelajaran dan perkembangan minda anak pada masa hadapan.
  • Membantu dalam perkembangan pemikiran kritis dan penaakulan.
  • Meningkatkan minat anak terhadap pembelajaran sains dan matematik dan minat terhadap kerjaya berkaitan STEM.
  • Mengembangkan sifat ingin tahu, suka bertanya, dan suka menyiasat.
  • Memberi pengalaman luas kepada anak mengenai alam semulajadi dan alam buatan di sekeliling mereka.

PIL CERDAS STEM  merupakan inovasi pendidikan awal kanak-kanak terkini yang disusun oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayob dan kumpulan penyelidiknya di Universti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).  Di akhir pelaksanaan kaedah ini, anda akan temui perbezaannya.

  • check
    Anak anda berminat dengan ilmu STEM
  • check
    Anak anda berfikiran kritis dan kreatif
  • check
    Anak anda mengenali proses dinamik dalam alam semula jadi dan alam buatan
  • check
    Anak anda akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

KEISTIMEWAAN STEM

PEMBELAJARAN MELALUI PROJEK

Kaedah ini melatih kanak-kanak untuk mengintergrasi sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)  dalam sesuatu projek.

MEMBINA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Menyeronokkan dan memberi pengalaman terus yang merangsang sikap saintifik kanak-kanak seperti bertanya, membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), berkomunikasi, bekerjasama, berimaginasi dan mereka cipta, iaitu kemahiran Abad ke-21.

KONSEP STEM SELARAS DENGAN KSPK

Kandungan konsep-konsep STEM yang boleh dipelajari dalam setiap projek/modul yang disediakan dalam buku ini adalah selaras dengan konsep-konsep sains, matematik dan teknologi yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG SISTEMATIK

Pakej disusun secara sistematik dan terperinci untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.

KLIK UNTUK SAMPEL HALAMAN

e-BOOKLET

PERCUMA!

Kami hantarnya terus ke e-mel anda.


MEMUDAHKAN PEMBELAJARAN  DAN PENGAJARAN

Pakej Pil Cerdas STEM dilengkapi dengan panduan untuk guru dan ibu bapa bagi setiap aktiviti.  Setiap tahap disediakan buku teks iaitu panduan aktiviti untuk guru dan buku makmal untuk murid.  Juga ibu bapa dan guru disediakan buku panduan rujukan bersiri Mudahnya Sains dan Kembara Sains.

Profesor Emeritus Dato' Dr. Aminah Ayob
Penulis buku PIL Cerdas STEM

  • Phd (Keele, U.L), M. Sc. Ed (Iowa, USA), B, Sc Hons (UM), Teaching Cert (MPTI, JB)
  • Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI
  • Pendidikan Sains, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Brain-based Learning

Profesor Dr. Ong Eng Tek
Penulis buku PIL Cerdas STEM

  • PhD (Cambridge, UK), M. Ed (Houston Texas), B. Sc Hons (USM)
  • Pensyarah Jabatan Pengajian Pendidikan UPSI.
  • Pendidikan Sains, Penyelidikan Pendidikan.

Profesor Madya Dr. Md Nasir Ibrahim
Penulis buku PIL Cerdas STEM

  • PhD (Tasmania, Aus), M.A (McGill Uni, Can), B.A Hons (USM)
  • Pensyarah Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif UPSI
  • Pendidikan Seni Visual dan Multimedia

Dr. Mazlini Adnan
Penulis buku PIL Cerdas STEM

  • PhD (UKM), M. Ed (UKM), B. Sc Ed (UM)
  • Pensyarah Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik (UPSI)
  • Structural Equation Modeling, Pendidikan Matematik.

Puan Jameyah Sheriff
Penulis buku PIL Cerdas STEM

  • Ijazah Sarjana Muda, Universiti Sains Malaysia, 1986
  • Bekerja di EduMOnde (Malaysia) Sdn Bhd

“Buku Pil Cerdas STEM merupakan panduan mudah pelaksanaan projek. Cuma laksanakan 4 fasa sebagaimana yang ditunjukkan. Kita tak mungkin salah."

Chai Bee Lian

EFL Educare (M) Sdn. Bhd.

“It makes learning so fun. It's not boring at all Pil Cerdas STEM actually help kids open up their world to a wider horizon, learning much more, deeper outside the textbooks!

Marina Lee

Era Erusia Academy

Ingin ketahui apa yang anda dapat dalam setiap pembelian Pakej PIL Cerdas STEM?

PIL CERDAS STEM – BUKU PANDUAN PROJEK

  • Mengandungi panduan mudah kepada pendidik cara melaksana dan mengintegrasikan mata pelajaran sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan dalam satu projek STEM yang menarik.
  • Terdapat  10 buah projek yang diterangkan secara terperinci

PIL CERDAS STEM – BUKU AKTIVITI

  • Mengandungi aktiviti menarik yang disusun selaras dengan kesemua 10 projek yang terdapat dalam Buku Panduan untuk mengukuhkan kefahaman kanak-kanak.

MODUL LATIHAN PENDIDIK

  • Mengandungi 6 Unit Latihan yang bertujuan memberikan pengalaman awal kepada pendidik untuk mengalami dan mencuba sendiri kaedah Project-based Inquiry Learning  (PIL) yang  digunakan dalam Modul ini.
  • Penerangan tentang falsafah pendidikan STEM dan kemahiran untuk membolehkan pendidik menggunakan Modul PIL CERDAS-STEM™ di prasekolah/tadika/taska dengan berkesan.

Anda suka Pakej PIL CERDAS STEM? Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pakej lengkap

Anda seorang guru tadika dan ingin menguasai teknik pengajaran berkesan di dalam kelas?

Copyright 2017 by Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd