Tadika Cerdas Minda Pengambilan Murid Sesi 2018

0
524

Kami di “Tadika Cerdas Minda by Ameen Educare” ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kerana Anda sudi untuk membaca 8 Ciri Asas memilih Tadika yang terbaik untuk anak Anda. Moga Bermanfaat.

8 CIRI TADIKA YANG BAIK

oleh: Prof. Madya. Dr. Khairul Osman

Tadika yang baik merupakan gabungan kehadiran infrastuktur, input pendidik dan usaha kanak-kanaknya. Tadika yang baik seharusnya menyediakan unsur-unsur yang menyokong perkembangan kanak-kanak dari semua segi. Ibu bapa yang mementingkan perkembangan anaknya yang menyeluruh perlu membuat pilihan berdasarkan ciri-ciri berikut:

Ciri 1: Refleksi persekitaran

Sewaktu menjalankan pengajaran, pengajar perlu menghubungkaitkan ilmu tersebut dengan persekitarannya. Contohnya pendidikan berkenaan mengira satu hingga sembilan perlu diikuti dengan permainan yang berkaitan nombor – hopscotch. Peringkat ini dikenali sebagai fasa pengukuhan (reinforcement). Lebih lama fasa pengukuhan digunakan lebih lama pengekalan ilmu atau modifikasi tingkah laku terjadi.

Ciri 2: Hiasan usaha kanak-kanak

Kelas yang suasana menarik dan kondusif belajar perlu dipenuhi dengan gantungan pelbagai hasil aktiviti kanak-kanaknya dan bukan hasilan pendidik atau orang asing. Ejaan yang salah tidak menggambarkan kelemahan kanak-kanak tersebut tetapi melambangkan kebanggaan pendidik dan kawan-kawannya terhadap usaha seseorang kanak-kanak untuk maju.

Ciri 3: Variasi teknik pengajaran

Pendidik yang baik akan mempelbagaikan teknik pengajarannya sepanjang masa. Pendidikan berbentuk formal dan tidak formal digunakan bagi mempertingkatkan kebolehan penyerapan komponen fizikal, intelektual, spiritual dan emosi seseorang kanak-kanak. Sewaktu pengajaran formal, penggunaan pengajaran berkumpulan, kumpulan kecil dan individu perlu digunakan bagi memastikan perkembangan setiap pelajar dilakukan berdasarkan kebolehan dan keperluan setiap kanak-kanak tersebut.

Ciri 4: Penggunaan cerita sewaktu rehat

Apabila penat melakukan pengajaran, pendidik sepatutnya menjalankan sesi bercerita interaktif. Sesi ini akan mempertingkatkan spiritual dan emosi pelajar. Oleh kerana ia dilakukan secara interaktif, jalan cerita dikembangkan berdasarkan kreativiti kumpulan kanak-kanak tersebut. Bagi memastikan sesi ini kurang membebankan, ia dilakukan secara berbaring atau duduk di bawah pokok. Asasnya ia sepatutnya dilakukan di mana sahaja yang dirasai menarik dan boleh mengurangkan tekanan belajar pada kanak-kanak. Perlu ditekankan sesi ini selalunya tidak berjadual dan dilakukan apabila sebilangan pelajar didapati penat.

Ciri 5: Interaksi kanak-kanak di dalam kelas

Interaksi kanak-kanak di dalam kelas melambangkan bagaimana seorang pendidik mengawal kelasnya. Kelas yang diam dengan kanak-kanaknya hanya duduk bermuka bosan perlu dikenal pasti. Jika ini berlaku pendidik untuk kelas tersebut secara tidak langsung menghasilkan persekitaran yang tegang dan dengan itu tidak kondusif untuk belajar. Kanak-kanak pada umur prasekolah perlu boleh bergerak dan berinteraktif tetapi dalam suasana yang terkawal. Jika kanak-kanak tersebut sentiasa bermain, bekerja dengan rakan-rakan dan bahan pengajarannya ini menunjukkan pendidik tersebut berjaya menghasilkan suasana yang interaktif dan mudah berkomunikasi.

Ciri 6: Pengorbanan masa bermain

Pengorbanan masa bermain demi untuk menghabiskan objektif pengajaran akan hanya menghasilkan kanak-kanak yang hanya berupaya memuntahkan maklumat. Kreativiti kanak-kanak akan terencat. Penggunaan kerja rumah sebagai satu teknik untuk meningkatkan kefahaman kanak-kanak pada peringkat ini hanya mencerminkan keupayaan terhad prasekolah untuk mencari teknik pengukuhan alternatif yang lebih baik. Walaupun teknik ini sesuai untuk 5 tahun lepas, penyusunan semula kurikulum pengajian tinggi dan rendah menyebabkan komponen kreativiti lebih diutamakan. Malah pada masa kini pemilihan pekerja lebih mementingkan kreativiti kerana ilmu yang dibawa oleh pemohon hampir sama sahaja.

Ciri 7: Semua sama

Pendidik merupakan manusia biasa yang kerap melakukan kesalahan. Kadangkala pendidik lebih cenderung untuk memberi bantuan kepada seorang kanak-kanak berbanding kanak-kanak yang lain. Walaupun ini terjadi secara tidak sengaja, mekanisma check and balance perlu wujud dalam bentuk pendidik tambahan pada setiap kelas. Ini membolehkan semua kanak-kanak diperlakukan secara saksama dari semua segi. Ia secara tidak langsung menghasilkan persepsi bahawa setiap pelajar dihormati dan setiap pendapat mereka dihargai. Kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan yang sama tidak mengira rupa, jantina ataupun kedudukan.

Ciri 8: Minat ke kelas

Indikasi paling mudah bagi menentukan jika sesebuah kelas sesuai dengan seseorang kanak-kanak adalah kecenderungan kanak-kanak tersebut untuk kembali ke kelas untuk keesokan harinya. Jika terdapat tindakan teragak-agak oleh kanak-kanak ia mungkin menunjukkan kehadiran konflik di kelas yang tidak berjaya ditangani oleh pendidik.

Kini Anda sudah tahu 8 Ciri Tadika yang baik…

Jadi, Kami di Tadika Cerdas Minda (Outlet Bukit Damansara) ingin Menjemput Anda hadir ke Kelas Percubaan supaya kita dapat berbincang apa yang Terbaik untuk anak anda. Kelas Percubaan ini akan diadakan pada:

SETIAP HARI SABTU bermula pada November – Disember jam 9 A.M – 12 P.M untuk membuktikan kepada Anda bahawa kami adalah yang TERBAIK.

SMS KOD “TCM2018” KE 017 292 2140 (Teacher Chu) Untuk Kelas Percubaan, Lawatan dan Rundingan PERCUMA.

[TAWARAN KHAS UNTUK PENDAFTARAN AWAL]

DISKAUN RM290 untuk 30 Pendaftaran Terawal Sahaja!

PERCUMA Baju Sukan dan Alat Kelengkapan belajar untuk 30 Pendaftaran yang Terawal!

DISKAUN Pengajian Untuk Adik Beradik Jika didaftarkan sekali!

Anda masih berfikir-fikir dan mencari Tadika Islam di sekitar Bangsar, Bukit Damansara, Mont Kiara dan Segambut yang Selesa, Selamat dan Berkesan?  Hubungi kami untuk mengaturkan sesi lawatan dan rundingan percuma.

Kami akan bantu anda memilih yang terbaik untuk anak anda supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih baik, dengan cikgu berpengalaman dan mendapat lebih kefahaman untuk semua subjek.

Dapatkan dulu sesi rundingan ini untuk melihat sama ada ini pilihan Terbaik untuk anak anda!

SMS KOD “TCM2018” KE 017 292 2140 (Teacher Chu) Untuk Kelas Percubaan, Lawatan dan Rundingan PERCUMA.

Start the discussion at tanya.awal.my