TIDUR DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEPUTUSAN AKADEMIK

0
83

Seperti mana yang kita sedia maklum tidur adalah penting dalam kehidupan manusia, dan perkara ini juga turut melibatkan kanak-kanak. Pada peringkat dewasa pula terdapat banyak kes di mana pelajar sekolah yang tidur di dalam kelas kerana tidak cukup tidur dan pekerja di sesebuah pejabat selalu tidak hadir ke pejabat kerana masalah yang sama.

Mengikut Dr Shen- Li Lee, penulis buku “BRAINCHILD, Secrets to Unlocking your child’s potential” tidur mempunyai kesan yang signifikan pada keputusan akademik dan soalan pertama yang patut ditanya ibu bapa apabila pelajaran anak-anak bermula ialah samada mereka mempunyai tidur yang cukup atau tidak.

Kajian yang dibuat mendapati ada hubungan di antara tidur dan keputusan akademik yang teruk, Antaranya kanak-kanak yang mempunyai gangguan tidur mempunyai keputusan yang teruk di dalam matapelajaran Matematik, membaca dan juga menulis.

 

Apa kepentingan tidur kepada otak anak?

 

1)Tidur membantu pelajaran anak-anak

Kanak-kanak memerlukan tidur yang secukupnya untuk menguat serta menyatukan memori yang baru.  Lebih banyak kanak-kanak belajar maka lebih banyak tidur yang mereka perlukan untuk menguatkan  maklumat yang baru.

 

2)Tidur meningkatkan kreativiti

Tidur juga  membantu kreativiti kanak-kanak.

 

3)Tidur meningkatkan kemahiran yang baru

Apabila kanak-kanak mempelajari kemahiran yang baru seperti menyanyi dan bermain piano tidur sangat diperlukan.

 

4)Tidur menguatkan ingatan

Dengan tidur juga kanak-kanak mampu menguatkan ingatan mereka.

   

 5) Tidur membantu membersihkan toxic yang berada dalam otak

Secara tidak langsung dengan tidur juga ia membantu membersihkan toksik yang berada di dalam otak anak-anak.