5 Tip Merangsang Minda Anak dengan Permainan

2150

Bermain adalah pekerjaan serius anak-anak. Minda anak-anak semestinya berjalan semasa mereka bermain. Jika mahu tahu apa yang anak peroleh melalui bermain. Lihat apa permainan yang dimain.

Apakah bentuk bahan mainan yang disediakan oleh ibu bapa atau guru-guru di rumah, taska atau tadika? Apa yang kita sediakan untuk anak-anak akan mempengaruhi perkembangan minda dan fizikal mereka.

1.Beri anak-anak main sebanyak-banyaknya dan pelbagaikan alatan permainannya. Tidak semestinya anda perlu membeli mainan baru dan mahal.

2. Jika anda mampu, pilihlah permainan berbentuk ‘educational toys’ yang mesra anak-anak, selamat dan sesuai dengan peringkat umurnya.

3. Selain itu, izinkan anak-anak memiliki minda jurutera dengan melibatkan mereka dengan aktiviti bermain dengan pelbagai bahan-bahan. Contohnya bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

4. Izinkan anak-anak membina permainan mereka sendiri. Beri bantuan jika diperlukan sahaja. Selalu yakin dengan anak-anak dan berikanlah motivasi kepada mereka.

5. Bersabar dan teruskan bermain bersama anak-anak. Mulakan dari mudah dan tingkatkan cabaran binaan.

Anda mampu melakukannya. Selamat mencuba!

Monalisa Harun Chong
Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.