3 Tip Mengembangkan Daya Imaginasi Anak

2622

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dalam usaha untuk melatih dan mengembangkan daya imaginasi anak. Salah satu aktiviti adalah melalui melukis. Berikut adalah tip-tip yang boleh dipraktikkan bersama anak semasa aktiviti melukis diadakan.

1. Mulakan dengan melukis titik

Ini adalah langkah awal ke arah seni visual iaitu gambaran. Melukis titik membantu anak-anak membina bentuk. Dengan latihan dan pengulangan, ini membantu kanak-kanak menghasilkan bentuk yang baru dan berbeza.

2. Bermain dengan garisan

Garisan yang dibentuk oleh anak-anak adalah permulaan bagi melukis lukisan yang lengkap. Izinkan mereka bermain dengan pelbagai jenis garisan. Bermula dengan garisan yang mudah seperti garisan lurus hinggalah ke lukisan yang lebih mencabar.

3. Kembara bulatan

Setelah kanak-kanak menguasai teknik garisan. Kanak-kanak diberikan pengalaman melukis dengan bentuk bulat. Contohnya melukis bulatan yang mudah seperti melengkapkan muka.

Kanak-kanak kecil selalunya sukar membentuk bentuk bulat yang sempurna. Anda pasti akan teruja melihat bagaimana langkah demi langkah dalam melatih dan membimbing kanak-kanak dengan menggunakan imaginasinya berhasil membantu kanak-kanak melukis dengan baik dan kreatif.

Selamat Mencuba! Share Jika Bermanfaat! 

Monalisa Harun Chong
Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.