4 Sebab Mengapa Kita Patut Membaca Bersama-Sama Anak

2601

Membaca bersama-sama anak pada peringkat awal sebelum mereka boleh membaca sendiri adalah penting.  Sebagai ibu bapa kita boleh membimbing anak-anak membaca tanpa hanya mengharapkan guru di sekolah. Melalui aktiviti ini kita membiasakan mereka mendengar bunyi-bunyi asas (fonem) dalam sesuatu bahasa. Terdapat empat sebab mengapa kita patut membaca bersama-sama anak:

1. Meningkatkan kefasihan

Membaca bersama-sama perlu dalam usaha meningkatkan kafasihan membaca anak. Sebelum anak boleh membaca lagi, dengan membaca bersama-sama, anak didedahkan kepada bunyi-bunyi asas dan lenggok sesuatu bahasa itu. Untuk membantu anak anda fasih, buku yang sesuai mengikut peringkat umur juga diperlukan.

2. Meningkatkan Perbendaharaan Kata

Kajian menunjukkan mempunyai perbendaharaan kata yang luas diperlukan untuk menguasai bahasa. Ia akan membuatkan anak-anak mempunyai akses atau pengetahuan yang luas dalam perkataan dan maksud.

Lebih banyak perkataan yang anak anda tahu apabila membaca, lebih gembira dia membaca. Ibu bapa boleh membantu anak mereka membaca dengan baik.

3. Membantu kefahaman

Membaca bersama-sama juga dapat meningkatkan kefahaman anak anda tentang cerita yang ingin di sampaikan dalam sesebuah buku.

Sebagai anak-anak jika dia tidak memahami kandungan cerita dalam sesebuah buku mereka akan menjadi bosan.  Apabila membaca bersama-sama ibu bapa dan dengan suara yang kuat berserta dengan lakonan ianya  membantu anak-anak lebih memahami jalan cerita.

4. Membaca bersama-sama lebih menyeronokkan

Membaca bersama-sama anak mungkin lebih menyeronokkan berbanding daripada membiarkan mereka membaca sendirian. Dengan kaedah ini ia akan membuatkan anak-anak lebih gemar membaca. Selain itu juga ia meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang isi kandungan sesebuah buku.

Dapatkan buku-buku yang sesuai dan menarik untuk dibaca bersama-sama si Manja di eniaga.awal.my.

Zairani A. Hamid
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia. Kini bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai penyelidik, penulis dan perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’. Pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.