Menurut pendidik awal kanak-kanak yang berpengalaman, 5 perkara yang perlu ditekankan adalah seperti berikut:

  1. Beri senarai arahan yang ringkas kerana mereka mempunyai tahap tumpuan yang pendek.
  2. Elakkan daripada menggunakan:”Tak boleh buat itu dan ini …” Kanak-kanak pada peringkat ini tidak faham erti “tak boleh”. Bawa mereka sejauh mana kreativiti serta tahap tumpuan mereka boleh meneroka. Otak mereka sedang berkembang dengan pesat sekali jadi layanlah soalan-soalan yang mereka ajukan sebaik mungkin.
  3. Baca bersama-sama dan dedahkan pengalaman baharu kepada mereka di dalam rumah atau kelas serta di luar kawasan.
  4. Selitkan muzik dan seni lukis atau tarian untuk lebih memahami konsep yang abstrak.
  5. Galakkan mereka untuk berdikari, menghormati dan memberi peluang kepada orang lain bercakap. Ini bermakna mereka faham bahawa orang lain juga berhak untuk sama-sama terlibat dalam sesuatu perkara.

Percayalah, bila kita terlibat dengan kerenah anak-anak ianya memang penat namun itulah yang membuat kita berjiwa muda!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here