9 Tip Bantu Anak Minat Membaca

1951

“Mama…tolong bacakan saya cerita ini..” Anda seharusnya gembira apabila diminta oleh anak untuk dibacakan cerita. Ini adalah petanda awal yang bagus bahawa anak suka dan minat dengan buku. Minat ini perlu disokong dan dibantu agar berterusan sehingga dewasa.

Jika mahu anak suka membaca dan bijak membaca bahan-bahan bacaan yang berkualiti, ibu bapa perlu berusaha mencari dan menyediakannya di rumah.

Mulakan dengan…

  1. Membacakan bahan-bahan bacaan berkualiti sebagai aktiviti rutin setiap hari.
  2. Meluangkan masa dalam 5 – 8 minit setiap hari dan bacakan untuk mereka sedari kecil. Contohnya, bedtime story with mama @ papa.
  3. Berhenti sebelum jemu. Anda tidak perlu menghabiskan cerita dalam satu hari. Jadikan penceritaan menarik dengan menyambung cerita pada keesokan hari agar anak sentiasa teruja untuk mengetahui apa yang berlaku selepas itu.
  4. Pilih gambar-gambar ilustrasi yang cantik dan sesuai untuk kanak-kanak. Ada banyak buku cerita kanak-kanak yang mempunyai lukisan ilustrasi yang terpilih sebagai pemenang anugerah lukisan terbaik. Lukisan yang cantik mampu memberi inspirasi kepada anak-anak untuk berkreatif.
  5. Pilih cerita yang sesuai mengikut usianya dengan laras bahasa yang mudah.
  6. Tingkatkan kosa kata anak dengan memilih buku-buku yang laras bahasanya yang sedikit mencabar.
  7. Anda boleh mengulang-ulang cerita dan selalulah bertanya kepada anak tentang cerita seperti:
    – Apakah nama haiwan yang berbelang itu?
    – Namakan 3 nama bunga yang ada dalam cerita?
    – Cuba sebut 4 warna yang ada pada gambar ini
  8. Bertanyakan soalan di akhir cerita akan membantu anak untuk lebih faham dan tahu dengan lebih jelas tentang cerita yang dibaca.
  9. Tak kenal maka tak cinta. Jadi kenalkan anak dengan penulis, pelukis dan tajuk buku yang dibaca. Ini akan membantu anak anda untuk mempunyai minat membaca di awal usia.

Selamat Mencuba! Share Jika Bermanfaat!

Monalisa Harun Chong
Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.