1. MENGENALI OBJEK YANG MENGELUARKAN BUNYI
Perkenalkan kanak-kanak kepada pelbagai alat yang mengeluarkan bunyi. Contohnya, dram, loceng, loceng meja, kerincing, kastenet, kerincing, kompang, simbal, marakas, tamborin dan lain-lain.
Kanak-kanak boleh mencuba semua alat-alat yang disediakan dan mengenal bunyi yang dikeluarkannya. Kanak-kanak juga boleh bermain meneka bunyi alat apabila matanya ditutup dengan penutup mata (eye patch).
2. OBJEK LAIN YANG BOLEH MENGELUARKAN BUNYI
Galakkan kanak-kanak untuk menyiasat objek-objek lain yang boleh mengeluarkan bunyi. Contohnya:
- Bunyi anak-anak batu atau guli bila digoncang dalam botol.
- Bunyi daun kering apabila dipijak.
- Bunyi air apabila pili dibuka.
- Bunyi kertas dikoyak atau dironyok.
- Bunyi bola melantun.
- Bunyi apabila objek digaris pada pagar besi.