8 Teknik Mudah Anak Suka Mengemas Mainan

2448

Anak-anak memerlukan permainan dan ruang untuk menyimpan permainan tersebut. Mereka juga mudah diajar sedari kecil untuk mengemas kembali mainan dengan teknik dan cara yang betul. Jika anda tidak suka keadaan rumah yang bersepah dan tidak teratur. Ikuti tip di bawah untuk bantu anak suka kemas mainannya.

Pamerkan mainannya

Susun cara penyimpanan mainan dengan mempamerkan mainan-mainan tersebut. Anak pasti akan rasa teruja melihat susunan mainannya seperti di kedai mainan.

Label

Anda boleh memudahkan tugasan anak-anak menyimpan mainan dengan melabelkan mainan mereka dengan warna, nama atau nombor. Ini memudahkan mereka meletakkan mainan mereka di tempat yang disediakan.

Mudah capai

Pastikan tempat simpan mainan anak-anak disusun mengikut ketinggian anak. Ini memudahkan anak mengambil dan menyimpannya semula.

Kotak/bekas jernih

Anda juga boleh menyimpan mainan anak-anak di dalam kotak atau bekas yang jernih. Ini memudahkan anak melihat apa yang ada di dalam kotak mainan.

Ruang mesti ada

Apabila anda menambah mainan anak, pastikan mainan tersebut ada ruang penyimpanannya.

Simpan bersama-sama

Sebagai permulaan, anda boleh membantu anak menyimpan mainan mereka di tempatnya secara bersama-sama. Teknik ini membantu anak untuk faham arahan yang diberi.

Jadual susun mainan

Berikan anak-anak jadual susun mainan macam di kedai. Acara ini menyeronokkan anak-anak kerana mereka suka mainan mereka disusun cantik dan kemas seperti di kedai.

Motivasi
Anak-anak memerlukan motivasi supaya sentiasa fokus terutama pada aktiviti atau peraturan baru yang diperkenalkan. Berikan mereka pujian apabila mereka mengemas permainan.

Jom mulakan sekarang!