Matematik Semudah 1,2,3

2473

Cepat Matematik Membimbing Anak Untuk Menguasai 10 Kemahiran Asas Matematik Seperti Berikut:

  • Pengalaman Pranombor. Pengalaman pranombor membina asas konsep nombor dan kepentingannya dalam kehidupan seharian anak. Kemahiran pranombor merangkumi keupayaan memadan, mengasing, mengelaskan serta membuat seriasi dan mengecam corak berulang dan membina pola.
  • Konsep Nombor. Nombor atau angka adalah simbol untuk melambangkan kuantiti sesuatu. Empat buah buku dilambangkan dengan angka “4”. Keupayaan mengaitkan bilangan objek dengan angka dankemahiran membilang merupakan kemahiran asas matematik.
  • Operasi Nombor. Anak perlu memahami apabila penambahan berlaku, jumlah keseluruhan objek menjadi lebih banyak daripada sebelumnya. Manakala operasi tolak, jumlah keseluruhan objek akan berkurangan daripada sebelumnya. Bahasa matematik iaitu simbol angka 1,2,3…, simbol +, simbol – dan juga simbol persamaan = diperkenalkan.
  • Nilai Wang. Anak akan bermula dengan membezakan nilai wang sehingga akhirnya boleh melakukan simulasi jual beli.
  • Bentuk dan Ruang. Anak akan bermula dengan mengecam bentuk-bentuk asas serta ciri-cirinya sepertisegi tiga, segi empat sama dan segi empat tepat dan bulat yang ada di persekitaran.
  • Pembinaan. Konsep objek tiga dimensi (3D) diperkenalkan untuk anak memahami asas-asas ruang. Memanipulasi objek 3D mengajar anak berkenaan penggunaan ruang.
  • Ukuran. Pengukuran dibuat untuk memahami konsep panjang, berat, kuantiti, masa dan duit. Anak diajar mengukur dengan ukuran bukan piawai dan akhirnya ukuran berdasarkan unit piawai.
  • Konsep Waktu. Anak dibiasakan untuk mengukur waktu menggunakan pengalaman seharian. Aktiviti anak disusun dalam sehari untuk membezakan waktu pagi, tengah hari dan petang.
  • Ramalan. Ramalan ialah melakukan anggaran berdasarkan maklumat yang terhad. Ramalan adalah berdasarkan pengalaman atau ukuran yang dibuat sebelumnya.
  • Menyelesaikan Masalah. Anak didedahkan dengan sesuatu keadaan atau masalah yang memerlukan kemahiran dan kefahaman matematik untuk menyelesaikannya.
BUKU BERKAITAN: