Tak Salah Beralah

1732

Anak-anak dalam lingkungan usia 1 hingga 6 tahun biasanya agak sukar untuk beralah dengan orang lain terutama sekali dengan adik-beradik dan keluarga terdekat. Mereka bersifat posesif dan ini sering kali menyebabkan banyak konflik dalam kalangan anak-anak. Cara menghukum tidak semestinya berjaya malah boleh mengakibatkan mudarat dari segi tingkah laku anak-anak pada masa akan datang.

Sifat posesif ini bakal hilang mengikut peningkatan umur tetapi adalah lebih baik untuk kita menerangkan mengapa perlunya berkongsi dan kadangkala beralah dalam satu-satu perkara. Kita tidak mahu anak kita membesar dengan sifat bahawa mereka berhak atas semua perkara. Kita mahu anak kita belajar tentang pentingnya menjaga hak orang lain walaupun ia bermaksud kita terpaksa mengalah.

Ini bukanlah satu sifat yang mudah dibentuk tetapi ibu bapa boleh memberikan contoh yang baik dalam kehidupan harian. Kadang-kadang, ibu bapa boleh berlakon senario yang memerlukan salah seorang daripada mereka untuk beralah dan ini akan memberi kesan mendalam kepada anak-anak bahawa itulah contoh yang perlu diikuti. Ibu bapa adalah contoh teladan dan ikutan terbaik secara langsung mahupun tidak langsung.

Mencari-cari buku yang boleh mencetuskan perbincangan tentang emosi dengan anak anda?

 

Layari https://eniaga.awal.my untuk mendapatkan buku-buku yang menarik berserta panduan untuk ibu bapa dalam Siri Cerdas Mengurus Emosi.