Apakah Sikap, Kaedah Dan Pengalaman Saintifik?

4305

Bagi kanak-kanak prasekolah, sikap saintifik bermaksud tabiat suka menyiasat dan menyelesaikan masalah, rajin dan berfikiran terbuka.

Kaedah saintifik bermakna kanak-kanak menyiasat masalah yang hendak diselesaikan melalui proses membuat pemerhatian menggunakan sebanyak deria yang mungkin, membuat ramalan, mengukur, mengelas, mengumpul maklumat dan membuat kesimpulan.

Pengalaman saintifik kanak-kanak bermula apabila mereka membuat penyiasatan atau eksperimen. Proses ini memerlukan kanak-kanak melakukan aktiviti hands-on dengan bahan-bahan yang disediakan dan yang terdapat di sekeliling mereka. Semasa melakukan eksperimen, kanak-kanak mendapat pengalaman terus memanipulasi bahan-bahan dan alat-alat yang disediakan. Pengalaman ini membantu kanak-kanak membina pemikiran logik.

Selepas eksperimen selesai, minta kanak-kanak mencatat pemerhatian dan membuat kesimpulan. Sekiranya ia gagal atau tidak menepati ramalan, bincangkan bagaimana ia boleh diperbaiki serta langkah-langkah yang lebih sesuai dilakukan.

A person who never made a mistake never tried anything new.” Albert Einstein