Biarkan Anak Memilih Cara Bermain

1869

Adakah anak-anak gembira semasa kita bermain dengan mereka? Membiarkan anak memilih sendiri cara bermain penting untuk merangsang pemikiran kreatif. Apabila anak-anak memilih sendiri cara bermain, mereka bebas untuk meneroka dengan gaya tersendiri. Mereka juga mula melihat hubungan antara pilihan dengan akibat atau keputusan daripada pilihan itu.

Jenis mainan atau bahan yang ditawarkan oleh ibu bapa dapat membantu anak-anak membuat keputusan yang lebih bermakna. Bahan-bahan terbuka atau bahan biasa boleh digunakan dalam pelbagai cara supaya anak-anak boleh menentukan sendiri cara menggunakannya. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak boleh membayangkan satu blok mainan untuk menjadi sebuah ambulans atau objek lain. Sebaliknya, ambulans mainan, biasanya digunakan sebagai ambulans sahaja. Potongan span, kayu kecil, potongan reben, adalah contoh bahan terbuka yang memberi inspirasi kepada pemikiran kreatif dan membuat anak-anak gembira apabila mereka menggunakannya untuk membuat sesuatu yang tidak pernah dibuat sebelum ini.