Didik Anak Mengemas dari Kecil

4051

Sakitnya mata bila tengok kasut bersepah-sepah. Pemandangan sebegini selalu berlaku di rumah, tadika, hatta di masjid dan di surau-surau.

Mengapa perkara ini berlaku? Adakah konsep bersepah-sepah melambangkan kehidupan kita?

Jika kita masih tidak sedar keadaan rumah yang bersepah, kita perlu lakukan sesuatu. Anak-anak tidak lahir dengan pakej suka kasut bersepah. Mereka lihat dan hidup dengan cara kita menyusun atur keadaan rumah kita.

Ajarilah anak mengemas sedari mereka kecil lagi. Walaupun pada pandangan kita perbuatan menyusun kasut bukan satu perkara yang penting pun. Usah pelik jika sekecil-kecil perbuatan ini mampu mengajar mereka erti tanggung jawab dan bertimbang rasa.

Mulakan dari sekarang, ajar mereka untuk mengemas rumah bersama-sama, bergilir-gilir menyusun kasut ahli keluarga, basuh pinggan dan cawan yang telah dipakai, basuh tandas dan pelbagai lagi tugasan harian yang boleh dipupuk dalam diri anak-anak.

Semua di atas adalah antara pembelajaran secara tidak langsung untuk mendidik jiwa dan kasih sayang dalam keluarga.

Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.