Kursus Kemahiran “Al-Barqy” – Kaedah Cepat Membaca Al-Quran

3183
Kursus Al-Barqy

KAEDAH ASAS AL-BARQY

Krisis Kebolehan Membaca

Kajian tentang KRISIS KEBOLEHAN MEMBACA oleh Mohd Faizal, Zawawi & Rahimi (2008) menjelaskan bahawasehingga hari ini, masih didapati kebanyakan umat Islam di Malaysia pada peringkat umur dewasa yang mengenali huruf-huruf “hijaiyyah” tetapi tidak mampu membaca al-Quran atau boleh membaca tetapi tidak lancar malah paling menyedihkan ada yang langsung tidak mengenali huruf atau diistilahkan “buta al-Quran”.

Selari dengan Pengajaran Bahasa Arab

Al-Quran telah diwahyukan dalam bahasa Arab. Oleh itu, pengajaran al-Quran harus sesuai dengan kaedah membaca huruf dan kalimah bahasa Arab. Pada peringkat awal al-Barqy, bentuk huruf dan tanda baris dikemukakan melalui struktur kata atau kalimah. Bentuk huruf yang bersambung juga diperkenalkan dari awal lagi.

Kursus Al-Barqy

Pendekatan Kata Kunci

Sebanyak 4 kata kunci dalam bentuk struktur kata yang mudah dihafal telah dikemukakan. Kata-kata kunci ini merupakan asas untuk memperkenalkan huruf-huruf serta tanda-tanda baris al-Quran yang lain. Ia juga merupakan sumber rujukan anak apabila terlupa.

Sistem yang Tersusun – Sistem 4P

  • Pengisian bunyi
  • Pengamatan bentuk dan bunyi huruf
  • Pemilihan dan pemisahan
  • Pemaduan

Keempat-empat tahap ini memudahkan anak-anak mengenali sesuatu huruf di samping membaca kalimah yang bersambung dari peringkat awal lagi. Teknik pindahan huruf iaitu memperkenalkan huruf dan bunyi yang baru dengan mengaitkan bentuk atau bunyi yang telah diketahui. Teknik titian unta dalam pengajaran sukun dan tashdid iaitu urutan yang mengarah dalam bentuk irama. Teknik bacaan kalimah-kalimah serta nasyid yang berirama untuk membiasakan anak-anak dengan sebutan huruf dan tajwid yang betul.

Kursus Al-Barqy


Objektif

  • Memberi pendedahan kepada para guru berkenaan kaedah penggunaan buku-buku aktiviti dan latih tubi KSPK.
  • Memantapkan kefahaman guru tentang KSPK
  • Penggunaan majalah AWAL dalam kelas bagi menggalakkan pembentukan adab dan akhlakmelalui segmen-segmen terpilih.

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama ½ hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1: a) Konsep membaca dalam pendidikan al-Quran  b) Asas Kemahiran membaca al-Quran
  • Sesi 2: a) Kepentingan dan fadilat mengajar dan belajar al-Quran  b) Keistimewaan kaedah al-Barqy
  • Sesi 3: Pendekatan dan sistem 4P
  • Sesi 4: Teknik pengajaran berkesan untuk kata kunci al-Barqy

Hubungi TIM AWAL PRO untuk mendapatkan maklumat lanjut kursus al-Barqy di talian

+60 11-3516 3526.