Kursus Kemahiran Kaedah “PIL Cerdas STEM”

3358

PIL CERDAS STEM

Mengapa Anda Perlu Menghadiri Kursus Ini?

  • Mengetahui modul pengajaran dan pembelajaranyang mudah untuk dilaksanakan dengan kanak-kanak mengikut fasa-fasa pembelajaran yang ditetapkan.
  • Mempelajari pendekatan yang menyeronokkanuntuk memberi pengalaman terus yang merangsang sikap saintifik kanak-kanak seperti bertanya, membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), membina kemahiran berkomunikasi,bekerjasama, berimaginasi dan mereka cipta iaitu kemahiran abad ke-21.
  • Mengetahui pembelajaran melalui projek yang membiasakan kanak-kanak untuk bekerja secara berpasukan bagi menyelesaikan masalah.
  • Mempelajari konsep setiap modul/projek STEMyang sememangnya selaras dengan Standard Pembelajaran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Objektif Kursus

  • Melalui pendekatan Project-Based Inquiry Learning Cerdas STEM: PIL CERDAS STEM, anda akan mempelajari:
  • 6 unit latihan yang memberikan pengalaman awal kepada pendidik untuk mencuba sendiri kaedah Project-based Inquiry Learning (PIL).
  • Falsafah pendidikan STEM dan kemahiran untuk membolehkanpendidik menggunakan Modul PIL CERDAS STEM di prasekolah/tadika/taska dengan berkesan.

STEM


“STEM bukanlah benda yang dilekatkan di sampul surat, tetapi ia adalah akronim kepada sains, teknologi, kejuruteraan (engineering) dan matematik.

STEM adalah satu subjek mega yang mengintegrasikan keempat-empat disiplin ilmu menjadi satu subjek yang lebih sesuai dan releven untuk diajar di sekolah kerana STEM menekankan elemen praktikal dan realiti.

Memang diakui benar bahawa kanak-kanak lebih suka belajar jika mereka dapat menghubungkan pelajaran itu dengan persekitaran dan kehidupan merekasehari-hari, STEM membolehkan kanak-kanak belajar sains, matematik, mengguna teknologi dan mereka cipta teknologi.

Inilah pendidikan STEM yang kami cadangkan dilaksanakan di sekolah dan malah di prasekolah lagi.”

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayob 

Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)dan penulis bersama buku PIL CERDAS STEM


Objektif

  • Memberi pendedahan kepada para guru berkenaan kaedah penggunaan buku-buku aktiviti dan latih tubi KSPK.
  • Memantapkan kefahaman guru tentang KSPK dan
  • Penggunaan majalah AWAL dalam kelas bagi menggalakkan pembentukan adab dan akhlakmelalui segmen-segmen terpilih.

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama 1 hari (9.00 pagi – 5.00 petang)

Modul Pelatihan

  • Sesi 1: Pengenalan – Apa itu STEM?
  • Sesi 2: Kaedah Mengintegrasi Projek STEM dalam KSPK
  • Sesi 3: Pedagogi STEM
  • Sesi 4: Modul CERDAS STEM untuk Prasekolah/Tadika
  • Sesi 5: Perancangan Jadual Pengajaran CERDAS STEM
  • Sesi 4: Revisi dan Refleksi

Hubungi TIM AWAL PRO untuk makluman lanjut di talian: +601135163526.