Seronoknya apabila anak suka dan teruja ke tadika walaupun tidak sihat. Anak-anak yang suka ke tadika adalah anak-anak yang ceria, rasa disayangi dan dihargai. Mereka sentiasa tertunggu-tunggu hari persekolahan, suka bertanya bila waktu sekolah bermula, dan pandai bangun pagi sendiri tanpa perlu dikejutkan.

Keceriaannya terserlah apabila sampai ke tadika dan disambut dengan wajah manis gurunya. Mereka terus mencari rakan, bermain, bergurau dan bercerita. Itulah gambaran anak-anak yang ceria dan seronok ke tadika.

Berikut adalah 7 sebab mengapa anak suka ke tadika:

1. Guru

Guru adalah aset terpenting tadika. Mereka adalah pengerak acara dan aktiviti harian tadika. Guru yang ceria, sabar dan penyayang akan disukai dan disenangi anak-anak. Guru-guru ini rajin melayani anak, tidak melabel dan menerima mereka seadanya. Anak-anak punyai aura kasih sayang dan mereka kenal siapa guru penyayang dan siapa guru garang.

2. Suasana Tadika

Tadika yang bagus adalah tadika yang mengiktiraf perkembangan holistik anak-anak. Anak-anak mempunyai tenaga berlebihan yang perlu dilepaskan dengan cara yang menyeronokkan dan selamat. Susun atur tadika yang lapang dan selamat membolehkan anak-anak berlari dan melakukan aktiviti fizikal dengan baik. Izinkan anak-anak lelaki bergerak dan bermain. Rancanglah aktiviti bermain yang membolehkan mereka berlari, melompat, merangkak dan sebagainya. Otak anak-anak cerdas dan aktif apabila diberi peluang bergerak sewaktu belajar.

3. Pendekatan

Bermain sambil belajar dan berpusatkan murid adalah antara pendekatan yang sangat BERKESAN untuk kanak-kanak. Rancang setiap aktiviti pembelajaran anak-anak dengan menggunakan pendekataan-pendekatan ini. Anda akan lihat betapa ceria dan seronoknya anak-anak belajar dan meneroka.

4. Bahasa Cinta

Setiap anak adalah insan unik dan mempunyai kelebihan tersendiri. Mereka juga mempunyai bahasa cinta yang tertentu. Anak-anak yang diiktiraf bahasa cintanya adalah anak-anak yang bahagia. Mereka dapat merasai kasih sayang dan penghargaan diri apabila guru memahami bahasa cintanya.  Belajarlah memahami keunikan dan bahasa cinta anak-anak. Anda akan mengenali bahasa cinta anda selepas itu.

5. Program

Program tadika yang TERBAIK haruslah memenuhi keperluan dan  perkembangan holistik anak-anak. Program harus disusun dan disesuaikan dengan gaya pembelajaran anak-anak masa kini. Pengusaha perlu bijak memilih dan merancang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan di tadika setiap tahun.

Terdapat banyak program yang bagus dan berkesan yang boleh anda pilih.  Program  pilihan tadika saya adalah program pembelajaran dari Ameen Educare. Program Ameen Educare terbaik kerana ia amat mudah, memenuhi gaya pembelajaran anak-anak zaman kini, memenuhi fitrah dan sangat berkesan.

6. Rakan Tadika

Anak-anak tidak datang ke sekolah dengan pakej lengkap seperti sudah pandai berkawan, bertolak ansur, bermain bersama-sama. Ada di kalangan mereka memerlukan sokongan guru bagi memulakan persahabatan. Tiada kawan di tadika antara faktor anak malas ke sekolah.

Berkawan dan kawan penting bagi anak-anak. Mereka perlukan kawan untuk bermain, berkongsi minat, bercerita dan sebagainya. Guru memainkan peranan yang amat penting bagi membentuk sahsiah dan kasih sayang di kalangan mereka. Ajari anak-anak untuk belajar berkawan, bertolak ansur dan mudah mengucap terima kasih dan maafkan saya.

7. Raikan Anak-anak syurga

Hati anak-anak melonjak ceria hingga 1000 kilometer dan lebih apabila kehadiran mereka disambut dengan senyuman mesra, ucapan selamat datang dan diberi pelukan kasih sayang atau tepukan high five. Cuba bayangkan anda ke kedai untuk membeli sesuatu dan kehadiran anda diberi sambutan penghargaan dengan senyuman yang mesra, diberikan layanan first class.  Tentunya anda rasa diri amat berharga sehingga dilayan sebegitu rupa. Betul tak? begitulah perasaan anak-anak.  

Pernah saya dengar keluhan seorang ibu menceritakan tentang anaknya yang tidak suka ke tadika A kerana guru hambar, kelat, pahit dan tidak mesra.  Guru tidak mengendahkannya sewaktu dia sampai di tadika. Tiada sambutan kasih sayang dan senyuman. Ini membuatkan rasa teruja ke sekolah terencat di awal pagi.

Semoga anda PILIH betul-betul tadika yang ingin anda sekolahkan anak. Usah pilih tadika bersandarkan jenama dan hanya tanya-tanya rakan sekerja. Luangkan masa dan lihat sendiri bagaimana sambutan dan keadaan tadika. Lihat dan amati gaya guru-gurunya menyambut dan melayani anak-anak lain. Umur kritikal 0-6 tahun anak-anak hanya sekali seumur hidupnya. Usah biarkan mereka sengsara dan terbawa-bawa ke alam dewasa.

P.S – Anda Mencari Tadika yang Selesa, Selamat dan Berkesan di Sekitar Bangsar, Bukit Damansara, Segambut, Mont Kiara & Sri Hartamas?

  1. Klik link ini untuk maklumat lanjut tentang Tadika Cerdas Minda