Lagu ‘kicau, sungai, amboi’

2644

Lagu ‘kicau, sungai, amboi’ terdapat dalam buku Cepat Baca 3. Lagu ini merupakan bahan sokongan kepada pengajaran membaca Bahasa Melayu ‘Cepat Baca’ yang menggunakan kaedah fonemik atau yang lebih dikenali dengan nama fonik.

Terdapat 33 bunyi asas dalam Bahasa Melayu  dan lagu ini memperkenalkan 3 daripadanya melalui pendekatan kata kunci.  Sepanjang  lagu  ini, anak akan diperdengarkan dengan 3 kata kunci  ‘kicau, sungai, amboi’ yang membawa 3 bunyi  diftong iaitu au, ai, dan oi.

Lagu ini juga memasukkan  proses menggabung dan memisahkan bunyi, iaitu dua  lagi kemahiran asas yang sangat penting untuk boleh membaca.  Hal ini menjadikan ia sebuah  lagu foniks yang lengkap dan berkesan untuk mengajar anak membaca.

Lagu yang  berdurasi selama 2 minit 30 saat dalam bentuk audio visual ini akan membuatkan anak bergembira bernyanyi sambil belajar mengenal 3 bunyi diftong  dan pada masa yang sama menguasai kemahiran membaca.

 

PAKEJ KAEDAH CEPAT MEMBACA BAHASA MELAYU : CEPAT BACA

Zairani A. Hamid
Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia. Kini bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai penyelidik, penulis dan perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’. Pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.