Pendedahan Awal Sains Kepada Kanak-kanak

14105

Sepertimana kita belajar mengira atau membaca, mempelajari sains juga merupakan sebuah proses sepanjang hayat. Kanak-kanak daripada semua peringkat umur akan mendapat manfaat daripada pendedahan kejadian yang berkaitan sains. Mereka perlu digalakkan untuk menyelami dunia secara keseluruhannya, menerangkan mengenai apa yang mereka lihat, bertanyakan soalan mengenainya, mengulangi pengalaman itu, serta berfikir mengenai kenapa kejadian itu berlaku.

Apabila kita tidak mendedahkan sains awal-awal lagi kepada kanak-kanak, kita seolah-olah memberi gambaran kepada mereka bahawa sains itu adalah sukar. Jika kita mahu anak-anak kita untuk cemerlang di sekolah menengah, kita perlulah merangkumkan pelajaran Sains ke dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

Pendedahan kanak-kanak kepada aktiviti sebelum eksperimen seperti mengumpulkan batuan, melantunkan bola, membaca mengenai dinosaur, serta memasak (yang semuanya adalah aktiviti sains), akan mendedahkan mereka dengan perbendaharaan kata yang diperlukan untuk membincangkan idea-idea mereka untuk bertanyakan soalan dan mencari jawapan – semuanya merangkumi mana-mana kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

Artikel ini merupakan petikan daripada buku Mudahnya Sains: Permainan Dan Aktiviti Siri 2 oleh Peggy Ashbrook. 

BUKU BERKAITAN:

Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia. Kini bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai penyelidik, penulis dan perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’. Pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.