Anda mampu membantu anak belajar dengan seronok tanpa dipaksa jika anda faham perbezaan gaya pembelajaran anak lelaki.

Perbezaan pertama adalah otak anak yang bersifat monotrek. Otak monotrek membolehkan anak lelaki menggunakan satu otak (otak kiri atau kanan) pada satu masa. Kelebihan otak anak lelaki yang monotrek membolehkan minda mereka fokus pada satu perkara dalam satu masa.

Gunakan kelebihan monotrek anak lelaki dengan memberi anak lelaki satu tugasan dan biarkan mereka menyiapkan tugasan tersebut sehingga selesai dan selepas itu barulah anda boleh menambah tugasan baru. Ini akan membantu anak lelaki fokus dan belajar dengan seronok.

Selain itu, otak anak lelaki perlu masa untuk menukar satu subjek ke subjek yang lain. Pastikan anda memberi anak anda masa dalam 5-10 minit sebelum bertukar ke subjek lain atau aktiviti lain. Memberi masa kepada anak lelaki membantu mereka untuk bersedia dan fokus dengan aktiviti seterusnya. Barulah otak anak lelaki mampu belajar dengan aktif.

Contohnya: Anda mahu mengajar subjek matematik dan bahasa Inggeris kepada anak lelaki. Pastikan sebelum anda menukar pelajaran matematik ke pelajaran bahasa, anda telah memberi anak lelaki masa dalam 10 minit dan pesan kepadanya:

“Dalam sepuluh minit lagi kita akan belajar bahasa Inggeris ye.”
“Ok, murid-murid ada 10 minit rehat sebelum kita bermain permainan ‘I spy with my eyes’.

Selamat mencuba!

Previous articleSeronoknya Belajar Matematik
Next articleGuru Kreatif, Anak Positif
Monalisa Harun Chong
Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.