Wow! Kreatifnya!
Kreativiti memerlukan keberanian untuk bertindak. Bertindak dengan membuat kajian tentang idea, penyediaan bahan dan melaksanakan kreativiti tersebut.
Kreativiti memerlukan keberanian untuk berkorban. Berani berkorban masa, tenaga dan mungkin wang ringgit.
Justeru itu, ibu bapa atau guru yang kreatif mampu membantu ramai anak-anaknya untuk berani mencuba sehingga berjaya.
1.Berkreatif dengan pelbagai bahan.
2. Berkreatif dalam apa jua keadaan.
3. Berkreatif membina sesuatu walaupun pelik dan nampak seperti sesuatu yang belum atau tak pernah dibuat orang.
Kreativiti memerlukan keberanian. Tanpa keberanian untuk berkreatif, segala perancangan tidak bermakna. Ajarilah anak berkreatif. Berani untuk berkreatif.