2 Tip Membentuk Anak Atau Murid Menjadi Warga Global

1273

1. Biasakan anak atau murid dengan peta dunia (glob). Bantu dia memahami kedudukan negara-negara di dunia, terutama jika ada sesuatu isu yang menarik berlaku di dunia. Misalnya acara liga bola sepak dunia atau sukan olimpik atau pesta muzik hutan hujan sedunia.

2. Galakkan anak atau murid mengenali pelbagai bangsa manusia, misalnya orang putih, orang Arab, orang Jepun, orang Cina dan lain-lain mengikut rupa, pakaian dan negara mereka tinggal. Tandakan pada peta atau glob.