3 Perbezaan Gaya Belajar Anak Lelaki

1777

Pasti ibu bapa dan guru tertanya-tanya mengapa susah sangat nak ajar anak lelaki. Soalan yang kerap ditanya kepada saya adalah:

  1. Anak lelaki cepat jemu.
  2. Selalu hilang fokus dan tak boleh duduk diam.
  3. Mudah hilang keyakinan diri.

Berikut adalah tiga perkongsian perbezaan gaya belajar ANAK LELAKI berbanding anak perempuan yang perlu diketahui oleh ibu bapa dan juga guru.

1. Anak lelaki minat kepada benda dan objek – jadikan benda dan objek sebagai bahan pengajaran dan pembelajarannya. Pasti anak lelaki tidak cepat jemu untuk belajar sesuatu.

2. Otak anak lelaki adalah otak monotrek = Otaknya fokus pada satu perkara dalam satu masa.

Apabila memberi aktiviti atau tugasan kepada anak lelaki, pastikan berikan satu perkara atau satu tugasan dalam satu masa. Setelah mereka selesai melakukan tugasan tersebut, barulah ditambah satu lagi tugasan yang lain. Cara ini membantu anak untuk fokus.

3. Strategi memotivasikan anak lelaki adalah berikan penghargaan dalam bentuk kata pujian, tepukan di bahu, high five, stickers bintang kepada mereka apabila mereka:

  • Mencuba menjawab soalan walaupun jawapan tidak tepat.
  • Menolong ibu bapa, guru atau rakannya (walaupun sekecil-kecil pertolongan).
  • Berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.
  • Menyimpan alatan mainan selepas digunakan.

Mudahnya membantu anak lelaki seronok belajar jika tahu caranya. Jom ‘Helping boys, nurturing girls’! 

Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.