6 Tip Bantu Anak Yakin Membaca

2265

Mengapa anak saya malas membaca?

Mengapa anak saya tidak minat membaca walaupun mereka sudah boleh membaca?

Kanak-kanak yang baru boleh membaca masih belum menguasai tahap membaca seperti mereka yang telah lama membaca. Kanak-kanak ini masih memerlukan sokongan dan bantuan. Ibarat anak yang baru boleh mengayuh basikal. Mereka tetap memerlukan bantuan dan sokongan sehingga mereka rasa yakin dan boleh bergerak sendiri tanpa dibantu.

6 tip anda boleh lakukan untuk bantu anak yakin dan suka membaca.

  1. Mula memilih buku-buku cerita yang mudah, dengan tulisan yang besar dan tidak banyak teksnya.
  2. Rutinkan anak-anak ini membaca setiap hari pada waktu yang sama dalam masa 2-5 minit sahaja. Tingkatkan masa membaca selepas anak-anak lancar dan yakin membaca.
  3. Anda boleh bermain permainan “Saya baca, kamu baca”. Anak baca 2 perenggan, anda baca 2 perenggan yang seterusnya.
    – anda baca, anak dengar
    – anak baca, anda dengar.

Bermain sambil membaca mampu menjadikan aktiviti membaca sesuatu yang menyeronokkan.

  1. Jadikan shared reading sebagai acara wajib di rumah anda.
    – Pilih buku besar: Big book
    – Baca sambil menunjukkan pada perkataan satu persatu.
    – Ulang membaca buku yang sama sampai anak-anak boleh membaca bersama anda.

Usah risau jika ada anak yang tidak boleh membaca lagi. Aktiviti ini bagus untuk anak-anak yang kurang lancar dengan kaedah foniks.

  1. Sewaktu membaca bersama anak-anak, anda perlu mengenalpasti perkataan-perkataan yang sukar. Tuliskan perkataan-perkataan sukar itu di atas kad imbasan. Imbas kad selepas membaca atau pada waktu lapang yang lain.
  2. Jadikan acara “Mari Saya Bacakan” satu rutin di rumah anda.
    – Kali ini biar anak yang membacakan cerita di depan anda (ibu bapa) dan adik-beradik yang lain.

Waktu mendengar cerita adalah waktu yang istimewa dan memerlukan fokus yang baik. Elakkan dari memasang TV ketika sesi bacaan dijalankan.

Monalisa Harun Chong
Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.