Tingkatkan Kreativiti Anak Melalui Role Play

4198

Mudahnya membentuk kreativiti kanak-kanak dengan aktiviti main peranan ataupun lebih mudah dipanggil role-play. Main peranan adalah salah satu aktiviti kesukaan kanak-kanak. Kanak-kanak gemar menjadi orang dewasa dan berlakon seolah-olah menjadi ibu dan ayah.

Ibu bapa hanya perlu menyediakan ruang bermain, bahan-bahan yang diperlukan seperti pakaian-pakaian terpakai yang bersih, dan props yang dibuat sendiri daripada bahan-bahan terbuang.

Minta anak berlakon untuk menjadi apa sahaja yang mereka inginkan. Guru, polis, ahli bomba, juruterbang dan banyak lagi! Usah rasa lucu melihat lagaknya apabila mereka melakonkan watak-watak tersebut. Kanak-kanak adalah peniru yang hebat dan apa yang dilihatnya akan menjadi contoh bermakna buat mereka.

Role play adalah antara aktiviti yang membina kreativiti si manja melalui imaginasi. Di samping itu, melalui aktiviti main peranan, nilai-nilai murni dapat disuntik di dalam diri anak anda. Siap bersedia ya para ibu bapa! Kita main peranan esok bersama anak-anak. Apa agaknya ceritanya ye?

Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.