Senarai Semak Perkembangan Kemahiran Motor Kasar

5612

Kemahiran motor kasar ialah keupayaan manusia menggunakan keseluruhan badan. Kemahiran motor kasar memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya.

Ia memerlukan tenaga, stamina dan koordinasi, imbangan dan kemahiran menjangka. Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak dan keseimbangan badan. Kanak-kanak yang ada masalah penglihatan atau pendengaran akan bermasalah untuk menyeimbangkan badan.

Antara kemahiran motor kasar ialah:

  • Mengguling
  • Menjulur
  • Merangkak
  • Menarik untuk bangun
  • Berjalan
  • Berlari
  • Menaiki tangga
  • Melompat katak
  • Bermain bola sepak
  • Skipping
  • Teng teng
  • Mengayuh basikal roda tiga dan dua
  • Berdiri dengan sebelah kaki
  • Berenang
  • Memanjat
  • Bergayut

Senarai semak perkembangan kemahiran motor kasar mengikut umur:

UMUR                                 

2-5 Tahun    Tangan dan pergerakan badan           

  • Berdiri menggunakan hujung kaki
  • Berlari ulang alik dengan selamat
  • Melompat
  • Naik dan turun tangga
  • Membaling dan menendang bola
  • Menunggang  basikal roda tiga
  • Melakukan pergerakan badan – menari
  • Menyambut bola dengan meletakkan tangan ke hadapan

UMUR 

5 -7 tahun   Menggerakkan kaki serta pergerakan semakin meningkat

  • Pergerakan badan lebih seimbang

Contoh:

-Memanjat dan mengimbangi badan

-Menunggang basikal 2 roda

-Berjalan atas palang

-Berlumba lari

-Melompat sejauh 3 kaki dan setinggi 1 kaki

-Berpusing dan berhenti dengan terkawal

-Membaling dan menangkap bola

-Menyesuaikan pergerakan tangan untuk menyambut bola dengan lebih cepat