Cara Cepat Menghafal Al-Quran

2366

Mungkin Anda Pernah Mengalami Keadaan Seperti Ini…

“Apabila anda sudah menghafal satu surah tertentu atau satu juzuk tertentu dalam al-Quran dengan baik dan lancar, namun ketika anda menambah hafalan-hafalan baharu, maka hafalan al-Quran anda yang lama atau yang sebelumnya akan semakin pudar dan kabur, selanjutnya makin menjauh dan akhirnya hilang serta dilupai.”

Sepatutnya hafalan al-Quran yang sudah lama tersebut atau yang sudah dihafal sebelumnya semakin bertambah baik dan lancar (mutqin), serta semakin kuat dan teguh, bukan sebaliknya.

Mengapa hafalan al-Quran itu mudah hilang dan dilupai?

Mengapa hafalan al-Quran yang baru kita hafal itu tidak baik dan lancar, justeru cepat hilang dan mudah dilupai? Mengapa hafalan al-Quran mengikut cara tersebut atau yang seumpamanya mudah hilang dan dilupai?

Ini disebabkan hafalan al-Quran seperti itu berada di short-term memory (memori ingatan jangka pendek), sehingga tidak baik dan lancar (mutqin), serta mudah hilang dan dilupai. Bagi menjadikan hafalan al-Quran tersebut baik dan lancar (mutqin), serta tidak mudah hilang dan dilupai adalah dengan cara mengirim atau memindahkan hafalan al-Quran tersebut ke dalam long-term memory (memori ingatan jangka panjang).

BUKU BERKAITAN: