Anak Mudah Berbahasa Inggeris

2065

Ajari anakmu berbual-bual dengan perkataan, frasa atau ayat mudah bahasa Inggeris di rumah.

1. Mulakan dengan mengajar kosa kata baru. Perkenalkan 3-5 kosa kata baru.
– Tajuk: Things in the bedroom
√ Bed
√ Lamp
√ Blanket
√ Pillow
√ Cupboard

Ulang setiap hari sehingga anak ingat dan anda boleh masukkan kosa kata baru yang lain. Ingat hanya 3-5 sahaja kosa kata baru setiap hari.

2. Semasa perkenalkan kosa kata baru, anda tidak perlu mengulang kosa kata tersebut dalam bahasa Melayu. Gunakan satu bahasa dalam satu masa. Jika anda perkenalkan bahasa Inggeris, hanya bahasa Inggeris sahaja yang digunakan.

3. Mulakan dengan frasa-frasa mudah seperti:
√ Please come here
√ Sit down
√ Put on the table
√ Stand here
√ Walk with me
√ Give me the book
√ Open the door
√ Close the window
√ Switch on the fan
√ Put the cup in the sink
√ Catch the ball

4. Mulakan dengan frasa/ayat sopan.
√ May I have some water please?
√ Can I play outside, please?
√ Orange juice, please.
√ Please let me in.
√ Can you help me please?

5. Beri anak jawapan untuk dijawab.
Ibu: Would you like some orange juice?
Anak: Yes, please @ Yes, I would like some orange juice.

Ibu: What colour do you like?
Anak: I like red/green/black/blue colour.

Ibu: Can you read the book?
Anak: Yes, I can. @ No, I can’t.

6. Biasakan anak-anak mendengar cerita dalam bahasa Inggeris. Walaupun mereka tidak faham pada mulanya. Dengan menggunakan bantuan gambar, mimik muka dan bahan-bahan maujud yang boleh disediakan sewaktu sesi bercerita dijalankan akan membantu anak untuk faham.

Semoga anda berjaya membantu anak belajar bahasa Inggeris di rumah.

Monalisa Harun Chong
Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.