Perkembangan bahasa anak-anak kita sudah tentu sekali berbeza mengikut umurnya. Di sini saya kongsikan checklist atau senarai semak perkembangan bahasa anak mengikut peringkat umur yang tertentu. Checklist ini bolehlah dijadikan panduan buat kita untuk melihat tahap perkembangan bahasa anak.
Anak-anak yang berada dalam lingkungan usia 2 – 3 tahun, mereka sepatutnya:
- Tahu lebih kurang 50 perkataan pada usia 24 bulan.
- Tahu konsep konsep awak, saya, dia.
- Tahu perkataan seperti besar, gembira.
- Boleh menyebut 40 perkataan.
- Mempunyai sebutan yang mungkin berbeza, ada yang clear, ada yang tak berapa clear (susah nak faham) ada juga clear PELAT!
- Tahu menjawab soalan mudah.
- Bercakap ayat yang mengandungi 2-3 perkataan.
Bagaimana pula dengan 3 – 4 tahun?
- Boleh mengasingkan mengikut objek.
- Boleh membezakan warna.
- Telah menggunakan hampir semua bunyi-bunyi atau fonem bahasa Melayu (bagi yang bahasa ibundanya Bahasa Melayu) kecuali beberapa bunyi yang sukar seperti r, y, z.
- Pertuturannya lebih jelas.
- Boleh melahirkan perasaan dan pandangan.
- Boleh bertanya soalan-soalan mudah.
Bagi anak-anak yang berumur 4 – 5 tahun pula, berikut adalah perkembangan bahasa yang sedang elok untuk peringkat umurnya.
- Faham konsep di sebelah, di belakang.
- Faham soalan kompleks.
- Pertuturan boleh difahami.
- Menyebut 200-300 perkataan.
- Boleh menerangkan bagaimana hendak melakukan sesuatu.
- Boleh menyenaraikan obejk seperti binatang, kenderaan.
- Menjawab soalan kenapa.
Selamat Mencuba! Share Jika Bermanfaat!