Cukur Rambut Bayi: Panduan Lengkap dan Cara Melakukannya

2394

Selain memberi nama kepada bayi, ibu bapa juga disunatkan untuk cukur rambut bayi sehingga botak. Ini adalah panduan cara cukur rambut bayi baru lahir.

Islam itu indah. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, Islam telah menyusun atur perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa. Ia adalah termasuk cukur rambut bayi.

Pada hari ke-7 selepas bayi dilahirkan, adalah disunatkan untuk menamakan bayi, mencukur rambut bayi hingga botak dan melakukan kenduri aqiqah.

Ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. yang afdhal untuk diamalkan.

Kenapa Perlu Cukur Rambut Bayi?

Image result for baby with thick hair

Ada bayi yang dilahirkan dengan rambut yang lebat dan cantik. Pasti ibu bapa rasa sayang nak cukur rambut bayi.

Tahukah anda, tujuan mencukur rambut adalah untuk menjaga kebersihan dan memastikan si kecil bebas dari penyakit.

Ia bagi membuang rambut bayi yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran.

Hadis Cukur Rambut Bayi

Dari Samurah ibn Jundub, Rasulullah s.a.w. berkata,

“Setiap anak tertebus dengan aqiqahnya, korban dilakukan atas namanya pada hari ketujuh, dicukur kepala dan diberi nama.”

Hadith Sunan Abu Dawud 2838 (Sahih al-Albani)

Cara Cukur Kepala Bayi

Image result for cukur kepala bayi

Bagi ibu bapa yang baru nak mencuba cukur kepala bayi, anda boleh cuba cara ini:

1. Ambil 1 bekas berisi air

2. Basahkan kepala bayi dan gunakan sedikit syampu rambut bayi

3. Guna pisau cukur Gillette atau mana-mana jenama. Pastikan baru dan tajam.

4. Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi.

5. Selepas selesai, lap kepala bayi dan sapu bedak sejuk.

Tips Untuk Pastikan Cukur Tak Melukai Kepala Bayi

Bagi memastikan kepala bayi tidak terluka semasa mencukur, ada beberapa tips yang anda boleh cuba.

1. Sediakan peralatan yang mencukupi

Image result for shaver gillette

Pastikan anda menyediakan peralatan yang perlu sebelum anda mula mencukur rambut bayi.

Antara alatan yang perlu:

– Pisau pencukur

– Bekas berisi air

– Tuala

– Bedak sejuk atau bedak bayi

2. Persiapan sebelum mencukur

Image result for holding baby

Sebelum anda mula cukur, pastikan anda telah bersedia.

– Cuci tangan sebelum mencukur

– Pastikan diri anda tenang dan tidak gementar. Jika anda nervous, bayi anda boleh terkesan

– Pastikan bayi dalam keadaan selesa dan nyaman. Mungkin anda boleh cukur kepala semasa bayi sedang tidur atau menyusu

– Jika bayi sedang berjaga, anda suami isteri perlu bekerjasama. Mungkin seorang boleh pegang bayi dan seorang lagi cukur kepala bayi.

3. Cara cukur rambut bayi dengan betul

Image result for shave baby hair

Untuk pastikan kepala bayi tidak terluka, anda harus tahu mencukur rambut bayi dengan cara yang betul.

– Jika rambut bayi terlalu lebat, potong dahulu sependek mungkin dengan gunting

– Mula mencukur dari atas ke bawah

– Setelah habis dicukur, rapikan dengan mencukur dari bawah ke atas hingga habis sisa rambut terbuang

Cara Timbang Rambut Bayi

Adalah disunatkan untuk menimbang rambut yang dicukur itu, kemudian dinilaikan dengan harga emas semasa dan disedekahkan kepada orang yang memerlukan.

Cara timbang:

1. Masukkan rambut dalam beg plastik dan timbang

2. Timbang beg plastik kosong

3. Tolak perbezaan berat untuk dapatkan berat rambut sahaja tanpa berat plastik

4. Darab berat rambut dengan nilai emas semasa. Kalau tak mampu, boleh guna nilai perak

Korban Aqiqah Oleh Al Ameen Serve Holdings

Dengan Al Ameen Serve Holdings, kini anda boleh melaksanakan korban aqiqah di Kemboja.

Dengan peluang ini, anda boleh melakukan aqiqah di tempat yang ramai umat Islam miskin dan memerlukan.

Anda tidak perlu risau atau runsing kerana Al Ameen Serve Holdings mempunyai pengalaman selama 26 tahun menguruskan aqiqah dan korban di Kemboja.

Ia juga dikawal selia oleh imam-imam Masjid atau wakil urusan yang dilantik oleh Mufti Kemboja.

Pembayaran Korban Aqiqah di Website

Anda boleh lakukan pembayaran korban aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke laman Penyertaan Aqiqah

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan perserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375.00 / 1 ekor kambing: RM595.00)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah aqiqah

Untuk maklumat lanjut:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A, Medan Makmur Off Jalan Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur. Tel: 03-4143 4343 Faks: 03-4149 1414 Email: [email protected] Whatsapp: 011-2384 8480 Klik link Channel Telegram