Apa yang berlaku apabila guru rajin mengubah kelas untuk memberi suasana pembelajaran baru kepada anak-anak? Anak-anak sama seperti kita sangat memerlukan perubahan suasana pembelajaran yang berlainan. Cuba bayangkan anak-anak yang belajar di tadika kita selama 2-3 tahun. Kelas yang sama dan suasana yang sama.
Guru yang bijak adalah guru yang suka memberi kejutan dan suasana baru kepada anak-anak dengan cara:
- Boleh berpakat dengan guru-guru kelas lain untuk menjalankan sesi tukar kelas bagi beberapa sesi dalam sebulan.
- Menukar susun atur perabot di tadika. Walaupun perabot anda telah 10 tahun usianya, menukar kedudukan perabot boleh memberi suasana baru kepada anak-anak.
- Tukar kebiasaan seperti seminggu belajar tanpa kerusi, belajar di bawah pokok, belajar cara berkelah di luar (jika cuaca baik).
- Tukar ‘decoration’ lama. Biasanya guru memang bersemangat untuk menghias dinding-dinding tadika dengan gambar-gambar,carta, hiasan, dan sebagainya. Walau bagaimana pun, lama-kelamaan hiasan-hiasan dinding yang ditampal indah menjadi suram, terkoyak, pudar dan lapuk.
Mohon tukar hiasan dinding kelas anda sekurang-kurangnya setahun 2 -3 kali.
Selamat mencuba!