Kursus Kemahiran Kaedah “Awal Sains”

3984
Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak

KAEDAH AWAL SAINS

Pengenalan

Aktiviti dan eksperimen dirangka berdasarkan Kurikulum Sains Prasekolah Kebangsaan. Aktiviti dan eksperimen ini menawarkan pengalaman saintifik untukkanak-kanak melalui kaedahyang menarik dan interaktif.

Sikap saintifik bermaksud tabiat bertanya dengan betul, keinginan yang mendalam untuk mendapatkan jawapan, serta berkebolehan melakukan penyelesaian yang tepat terhadap permasalahan yang berlaku.

Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kaedah saintifik pula bermaksud memusatkan perhatian kanak-kanak kepada apa yang mereka fikir akan berlaku. Ia dilakukan dengan menggalakkan mereka membuat ramalan (walaupun bagi mereka, hal ini lebih kepada membuat tekaan).

Pengalaman saintifik kanak-kanak bermula apabila mereka mula membuat ramalan. Mereka perlu diberi peluang untuk memperkatakan apa yang mereka fikir bakal berlaku sebelum sesebuah aktiviti dimulakan,dan tentunya, sebelum andamula bercakap.

Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Objektif

  • Memahami konsep pengajaran sains untuk kanak-kanak prasekolah
  • Mengetahui tajuk-tajuk yang terkandung dalam Awal Sains
  • Memahami prinsip asas pengajaran Awal Sains
  • Mengetahui kaedah pengajaran Awal Sains secara efektif

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama ½ hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1: Konsep pengajaran sains untuk kanak-kanak prasekolah
  • Sesi 2: Tajuk-tajuk yang terkandung dalam Awal Sains
  • Sesi 3: Prinsip asas pengajaran Awal Sains prasekolah
  • Sesi 4: Kaedah pengajaran Awal Sains secara efektif