Kursus Kemahiran Kaedah “Cepat Matematik”

2619
Cepat Matemaik

KAEDAH CEPAT MATEMATIK

Pengenalan

Cepat Matematik Prasekolah menggunakan pendekatan ‘belajar melalui pengalaman’. Setiap aktiviti disusun dari kaca mata anak kecil. Anak akan bermain di samping meneroka idea dan konsep matematik melalui perbincangan, penemuan, eksperimen, pertanyaan, catatan dan penilaian yang dibuat. Guru atau ibu bapa seharusnya menyediakan ruang dan peluang untuk anak memahami satu-satu konsep matematik. Setiap aktiviti menggunakan bahan-bahanyang mudah dicari dan didapatidi kawasan sekeliling.

Penekanan Konsep Nombor

Matematik bukan hanya mengenai simbol, pengiraan cepat, menghafal mahupun latih tubi. Matematik merupakan satu cabang ilmu tentang hubungan antara nombor, peristiwa, objek, sistem, pengiraan dan yang lebih penting ialah kesedaran bahawa nombor membantu kita untuk menyusun kehidupan harian kita. Penguasaan konsep asas matematik yang kukuh membolehkan anak untuk menerokai pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian.

Lengkap Dan Sesuai Untuk Usia Prasekolah

Cepat Matematik Prasekolah menepati garis panduan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan garis panduan yang diterima pada peringkat antarabangsa.Setiap pengajaran dan pembelajaran dijelaskan secara terperinci dan sistematik. Panduan yang tersusun berserta soalan yang sepatutnya ditanya dan arahan yang sepatutnya diberikan kepada angka di sepanjang aktiviti disediakan. Ini untuk memudahkan guru mahupun ibu bapa untuk mengajar matematik dengan lebih berkesan dan mudah pula untuk anak menerima satu-satu konsep yang hendak diperkenalkan.

Cepat Matemaik


Objektif

  • Memahami konsep pengajaran matematik untuk kanak-kanak prasekolah
  • Mengetahui tajuk-tajuk yang terkandung dalam Cepat Matematik
  • Memahami prinsip asas pengajaran Cepat Matematik
  • Mengetahui kaedah pengajaran Cepat Matematik secara efektif

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama ½ hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1 : Konsep pengajaran matematik asas untuk kanak-kanak prasekolah
  • Sesi 2 : Tajuk-tajuk yang terkandung dalam matematik asas
  • Sesi 3 : Prinsip asas pengajaran matematik prasekolah
  • Sesi 4 : Kaedah pengajaran matematik secara efekti