Lagu ‘kopi, bela, desa’ terdapat dalam buku Cepat Baca 2. Lagu ini merupakan bahan sokongan kepada pengajaran membaca Bahasa Melayu ‘Cepat Baca’ yang menggunakan kaedah fonemik atau yang lebih dikenali dengan nama fonik.
Terdapat 33 bunyi asas dalam Bahasa Melayu dan lagu ini memperkenalkan 3 daripadanya melalui pendekatan kata kunci. Sepanjang lagu ini, anak akan diperdengarkan dengan 3 kata kunci ‘kopi, bela, desa’ yang membawa 3 bunyi vokal iaitu o, e(pal), dan e(mak).
Lagu ini juga memasukkan proses menggabung dan memisahkan bunyi, iaitu 2 lagi kemahiran asas yang sangat penting untuk boleh membaca. Hal ini menjadikan ia sebuah lagu foniks yang lengkap dan berkesan untuk mengajar anak membaca.
Lagu yang berdurasi selama 2 minit 30 saat dalam bentuk audio visual ini akan membuatkan anak bergembira bernyanyi sambil belajar mengenal 3 huruf dan pada masa yang sama menguasai kemahiran membaca.