Ibu bapa baik guru kebiasaannya mempertikaikan tentang anak tidak tahu mengeja apabila belajar membaca menggunakan kaedah selain daripada kaedah mengeja.

Itulah mentaliti sebahagian guru dan ibu bapa. Pertamanya, tahu ABC lebih penting daripada sudah boleh membaca dan keduanya, kalau tak tahu ABC anak tidak boleh mengeja.

Itulah orang kata, kita orang yang dah berumur ni susah nak terima satu-satu pembaharuan. Kalau kita sudah selesa dengan sesuatu, susah kita nak tukar kepada sesuatu yang baharu.

Apa masalahnya? Mengeja? Ada 2 keadaan, cikgu akan tanya begini, “Eja buku” secara oral. Dan anak itu akan mengejalah “bi yu kay yu bi yu bu kay yu ku bu ku”.

Atau cikgu sebut dan anak akan menulis di dalam buku tulis, “Okay eja buku” dan anak akan menulis ‘buku’ di dalam buku tanpa perlu bersuara pun.

Keadaan pertama, anak perlu mengeja buku secara orally. Kalau kata anak tak tahu huruf (nama) anak masih boleh mengeja menggunakan bunyi huruf.

Seperkara lagi, anak yang sudah pandai membaca, juga akan diajar nama huruf. Tidaklah anak itu membesar dalam keadaan tidak tahu huruf sampai ke tua.

Keadaan kedua, kalau tanpa suara pun, anak masih boleh mengeja dan menulisnya di dalam buku.

Apabila kita mengajar anak itu membaca, ajarlah juga anak itu menulis dan mengeja. Mengeja tak semestinya mengeja kuat atau menulis saja baru dinamakan mengeja.

Cubalah menyuruh anak menyusun kad imbasan membentuk perkataan buku. Kalau anak boleh menyusun dengan betul, saya rasa anak itu juga sudah boleh mengeja. It all goes back to bagaimana cara kita mengajar anak itu membaca.

Selamat Mencuba! Share Jika Bermanfaat!