4 Tip Anak Suka Belajar Membaca

1832

1. Kerap tetapi sekejap

Lama tidak semestinya banyak yang dipelajari. Sekejap tidak semestinya pula kurang yang diperolehi. Lebih baik kerap supaya anak tidak lupa. Tidak kerap membuatkan anak mudah lupa. Yang penting, anak belajar dengan berkesan.

2. Banyakkan activity- based learning dan kurangkan direct instruction method of teaching.

Ada 3 jenis learning styles:

  • Visual learning

Anak ini suka pembelajaran yang diterangkan dalam bentuk gambar atau visual.

  • Auditory learning

Anak begini kebiasaannya gemarkan muzik. Belajar sambil bernyanyi mungkin satu pendekatan pengajaran yang sesuai dengan auditory learner. Mereka juga perlukan suasana yang aman dan tidak bising supaya tumpuannya pada pengajaran di dalam kelas tidak terganggu.

  • Kinesthetic learning

Anak jenis ini kebiasaannya gemar bersukan dan tidak boleh duduk lama. Anak ini mungkin menghadapi kesulitan mempelajari pelajaran tertentu sekiranya mereka tidak diberi peluang untuk melakukan pergerakan semasa pengajaran berlaku.

Pendekatan Direct Instruction mungkin berkesan kepada visual dan auditory learner tetapi kurang bagi kinesthetic learner. Adanya direct instruction dan dikukuhkan dengan aktiviti dan lagu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan bagi apa jua kecenderungan anak.

3. Perbanyakkan bantuan untuk mengingat

Pengulangan penting untuk mengukuhkan ingatan kepada apa yang telah dipelajari. Memperbanyakkan teknik untuk mengingat juga penting supaya anak lebih mudah untuk menguasai kemahiran yang hendak dipelajari. Contoh, mengingatkan bentuk huruf dengan bentuk yang ada di persekitaran anak sangat membantu supaya anak mudah dan cepat mengingat. Teknik mnemonik adalah antara teknik yang biasa digunakan. Memperkenalkan pelajaran yang baharu dengan cara mengaitkannya dengan sesuatu yang telah diketahui(pengetahuan sedia ada) juga adalah satu bantuan untuk mengingat yang didapati berkesan.

4. Berhenti semasa keseronokan belajar sedang memuncak

Membuatkan anak tertunggu-tunggu untuk sesi pertemuan yang akan datang memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Pada sesi pertemuan yang seterusnya, anak akan menanti-nanti dan bersedia untuk menerima apa saja yang diajar.